Friday, August 24, 2012

Kerana pensil aku tersedar

Kadang-kadang aku rasa pelik dengan kata-kata hikmah pakcik azlan tu sebab dia cakap kita boleh patahkan pensel dengan satu jari je.

Biar betol??
Tapi memang betul...

Sebab nya aku dah cuba memang terasa sakit mana taknye satu jari je kot..

Maksud daripada pensel itu ialah pensel itu ibarat beban kerja kita dan hentakan jari itu ibarat usaha kita.

Dlm pada itu, ingatlah wahai kawan-kawan ku dan juga kepada diriku akan kepada pesanan pusaka ini...

Semakin kuat hantarkan jari kepada pensel itu, semakin mudah pensel itu untuk patah dan jari kita tidak sakit..

Jika kita lemah dalam hentakan jari tersebut, pensel tidak akan patah jari akan terasa sangat sakit.

Pada awalnya ku fikirkan kata-kata dari pakcik azlan itu satu gurauan tetapi setelah aku fikir secara logik dan aku muhasabah diri memang benarlah apa yang dikatakannya.

Sesungguhnya...
Aku telah mencuba mematahkan pensel tersebut lebih daripada sepuluh kali namun aku tetap gagal lalu aku cuba lagi dan jari ku semakin sakit sehinggalah aku berjaya mematahkan pensel 2b itu tanpa aku sedari dan aku terasa sedikit sakit daripada awal awal tadi...

Hal ini bermaksud aku masih lemah dalam sesuatu perkara yang aku rasa aku sendiri tak tau dimana silapnya tetapi aku cuba perbaiki kesilapan ku agar ia tidak akan berlaku dimasa hadapan lagi..

Sesungguhnya kata-kata hikmah ini telah membuka kembali lembaran lama ku dalam dunia melayu yang telah aku hampir melupakannya. Aku bersyukur kerana masih ada orang yang memegang pada pesanan orang dulu-dulu..

Terima kasih muhamad azlan kerana telah membawa ku berjumpa dengan bapa sedara mu.. Pengalaman kisah hidup cerita dan perjalanan  hidup dia seharian harian.. Takkan mungkin aku lupakan...

Terima kasih...

No comments:

Post a Comment