Thursday, May 15, 2014

Terima Kasih Cikgu.. ( Selamat Hari Guru )

Guru..
Insan ini ibarat matahari yang memberikan cahaya kpd seluruh alam..
Tanpa dia maka tidak akan bergerak segalanya.. 

Assalamulaikum Cikgu & Salam Sejahtera Cikgu..

Itulah ungkapan yg sering saya dengar sewaktu permulaan proses pembelajaran pada sesi pagi mahupun sesi petang. Namun hari demi hari, waktu bersilih ganti, nada ungkapan tersebut semakin sukar saya dengari, kerana semakin hari semakin meningkat umur kami dan sudah pasti kami melangkah ke alam pekerjaan.

Bagi saya,
Cikgu adalah orang yang ketiga yang paling saya taati selepas ibu dan bapa saya.. tidak kira cikgu sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah mahupun di perikat diploma. Hal ini bukan sahaja ia menjadi adat malahan ia juga adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Buruk baik mereka tetap saya terima selagi ia tidak mengajar saya ke jalan kemungkaran.

Saya amat bersyukur kpd Allah S.W.T kerana saya dikurniakan guru2 yang prihatin dan peka tehadap masa depan pelajar. Memang saya akui, kehidupan seorang guru adalah sangat mencabar dan ia juga memerluka banyak daya kesabaran yang tinggi bagi melaksanakan tugas. Kadang-kala mereka bukan sahaja mengajar di papan hitam/white screen/ nota, tetapi mereka terpaksa memikul tanggungjawab untuk membimbing pelajar yang pada awalnya tidak miliki apa2 jua ilmu sehingga pelajar itu berjaya. Cabaran ini juga turut dipikul bagi guru2 yang mengajar pelajar2 pendidikan khas bagi melaksanakan impian ibu bapa melihat anak mereka berjaya.

Ada seorang cikgu ini, telah mencetuskan idea inspirasi bagi saya. Dialah yang banyak memberikan saya bantuan,meningkat minat saya untuk belajar walaupun dikala itu istilah "bermain, enjoy, happy" sentiasa berada dalam fikiran saya. Bak kata org sekarang, "budak baru nak up,memang macam tu". Hehe.. :D
Sewaktu saya di tingkatan 2, memang saya akui saya agak sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru pada ketika itu dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan akhirnya penyakit 'malas' mula melanda.. ( dulu je sekarang tak okies.. hehe)

Mungkin ada di kalangan anda sudah mengetahui nama beliau. Apakah jasa beliau terhadap keluarga saya? Siapakah beliau?
Beliau ialah Allahyarham Haji Safran Ismail.. 
Untuk pengatahuan, Allahyarham Haji Safran ini adalah bekas guru kepada bonda saya Puan Murni sewaktu bonda saya belajar di SMK Seri Tanjung, Tanjung Kling, Melaka.(Dahulunya dikenali sebagai SMK TANJUNG KLING)
Namun, dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Allahyarham sebagai pelajarnya. Beliau la yang paling banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.Jangan sebut perkataan tak siap kerja sekolah di hadapanya, memanglah hinggap rotan ditangan. Oleh kerana permulaan belajar dengan beliau dahulu saya agak malas nak buat kerja rumah, huhu mmg kerap gak la saya kena rotan dan sebagainya.Sehingga sampai ke satu tahap dia tidak merotan saya,tetapi dia buat reverse psychology serta memberikan nasihat, idea, dan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Ketika saya mendengar nasihat daripadanya, air mata jatuh ke pipi kerana mengenang kembali nasib keluarga yg dihimpit kesusahan. Tatakala daripada nasihat itu bertukar menjadi satu insipirasi & pencetus idea transformasi kehidupan ku dan keluarga daripada aku berada di tingkatan 2 sehingga la aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dan berjaya mengapai cita2 yg ku impikan.
Tapi Allah itu Maha Pencipta, sebaik sahaja aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma, beliau telah pergi ke rahmatullah buat selamanya. Perasaan sedih tidak terhingga bercampur hiba kerana saya tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih cikgu dan memberikan skroll kepada beliau di atas segala idea, jasa beliau kepada keluarga saya dan berjaya menarik minat saya untuk belajar dan terus belajar walaupun apa jua keadaan.

Namun begitu, saya juga tidak melupakan jasa guru-guru yang lain termasuk pensyarah2 saya. Hal ini kerana mereka bukan sahaja berusaha untuk mendidik kami menjadi orang yg berjaya tetapi mereka juga ingin melihat kami menjadi insan yang berguna di kalangan masyarakat dan juga di mata dunia. Walaupun banyak kali saya terpaksa menempuhi pelbagai dugaan namun saya tetap tekad untuk meneruskan pengajian dengan menggunakan peluang dan ruang oleh cikgu mahupun pensyarah yang di berikan kepada saya dengan sebaik mungkin.
Saya pasti jika dunia tanpa guru, sudah tentu dunia ini akan menjadi haru biru kerana tidak ada siapa yang memberikan petunjuk.

Akhir kata, cikgu / teacher / sir / puan maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa, terguris perasaan hingga tersentuh hati dan juga sebagainya. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada saya di dunia dan akhirat.
Saya doakan semoga cikgu2 semua dirahmati dan sentiasa di sayangi serta dilindungi sepanjang zaman..

Tanpa cikgu, siapalah saya.. TERIMA KASIH CIKGU.. :)