Tuesday, February 23, 2016

Kehidupan

Dulu..
Puas belajar graphic design & multimedia.. Alhamdulillah, aku sudah pun berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian aku dan alhamdulillah, aku berjaya membuka sebuah kedai printing & graphic multimedia studio di cyberjaya dengan hasil sumbagan dari sebuah univeristi di australia . Walau bagaimanapun, impian ku masih belum tercapai kerana hasrat ku untuk mengembangkan industri graphic design di melaka ini adalah terlalu sukar. Bermula dari segmen untuk mendapatkan kedai sehingga la ke segmen untuk memcari modal. 

Pelbagai usaha telah aku lakukan untuk mendapatkan modal perniagaan daripada pihak kerajaan seperti penjimanan mahupun pembiayaan perniagaan usahawan muda bumiputera seperti yang digembar gemburkan dalam parlimen namun semua menuju ke jalan yang buntu. Kadang2 aku kata, tak salah pun kalau anak2 muda melayu yg telah tamat pengajian lari membawa diri ke luar negara untuk mencari rezeki yang halal berikutan kesukaran untuk mencari pendapatan sendiri dari sumber perniagaan. So sbg alternatif untuk mendapatkan modal, suka atau tidak aku terpaksa berkerja keras siang malam bagi mengumpulkan dana tanpa perlu melukut tepi gantang menyembah badan2 kerajaan yang kononnya membantu rakyat terutama golongan muda yang minat dalam perniagaan terutamanya dalam industri inovasi graphic multimedia.. selain mengumpulkan dana dari hasil jualan barang2 printing saya, apa sahaja produk yg mendatangkan keuntungan bg saya, semua saya "sapu" dan saya banyak mempromosikannya di Facebook / Twitter dan banyak lagi media social lagi.Selain daripada itu, pelbagai kerja sampingan saya lakukan demi menampung kos perbelanjaan kedai pd masa akan datang. 

Matlatmat saya utk buka studio graphic printing ni adalah selain menambah pendapatan tetap saya, saya juga ingin membantu anak2 muda terutama kepada para graduan yg baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang graphic multimedia/ advertising/ mahupun printing. Hal ini kerana di negeri melaka ini, permintaan pekerjaan graphic designer dalam sektor printing & multimedia sangat rendah berbanding dengan negeri2 maju yang lain seperyi johor, selangor, pulau pinang & juga kuala lumpur.

Yang kedua,
Baru baru ini, aku ditawarkan oleh ahli majlis hartanah negara iaitu sebuah lot kedai di melaka ini. Harga yg ditawarkan oleh ahli majlis tersebut sangat diluar jangkaan kerana ia terlalu murah bagi aku berikuta ia berhampiran dgn pasaraya tesco. Sekali lagi, aku cuba mendapatkan bantuan kewan dari badan2 kewangan kerajaan, namun semuanya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.. bila pegi sana sini untuk minta bantuan perniagaan terasa diri ini macam mengemis minta sedekah kat orang.. Kadang2 aku hairan.. kenapa sektor kerajaan ni, orang yg tak minat selalu senang je dapat itu ini.. tapi orang betul2 minat, berpengalaman dalam sesuatu bidang tersebut amat sukar untuk mendapat bantuan. Kalau nasib malang, dihinanya kita macam kucing di tepi jalan..