Wednesday, July 6, 2011

Tips Awet Muda Lelaki

Bila bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya ia akan merujuk kepada kaum wanita. Yela, bila sebut pasal penjagaan, kecantikan, dan awet muda mesti ada sangkut paut dengan kaum wanita. Itu belum lagi dengan tips-tips diet yang seimbang la, tips jaga rambut, kuku, mata, buang selulit dan sebagainya. Huhu.

Orang lelaki pun ada juga petua-petua yang tersendiri untuk kita nampak muda remaja (bagi yang dah kahwin pun dialu-alukan, untuk tambah cawangan). Hehe.

Petua-petuanya.

Elakkan/jauhkan.

1. ) Elakkan merokok/jauhkan dari orang-orang yang merokok.

Kalau yang memang hisap rokok tuh, no comment la. Untuk pengetahuan, asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

2.)Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat.

Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham jela k! Makanan ringan, meggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya (sekali-sekala tuh ok kot, tapi jangan jadikan ia makanan asasi/wajib kita).

Amalkan.

1) AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.

2) Banyakkan ambil ulam-ulaman dalam makanan.

Ulam-ulaman sangat bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C, vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat.

3) Bersenam/ bersukan.

Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.

4) Mengamalkan doa untuk awet muda.

Ini adalah salah satu doa sendiri (bahasa melayu) yang boleh kita amalkan, insyallah.

” Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala celaka, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, daku ( insan ) lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah yang Maha Pengasih.

5) Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress.

Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Arwah datuk aku juga seorang yang cool dan seorang yang pandai berbincang serta mengawal sesuatu keadaan.

6) Meminum air herba tongkat ali, kacip atimah atau akar kayu dan air suam. (teh herba, teh hijau, buah goji, aprricot)

Ini berdasarkan petua orang-orang dahulu, sebabnya dulu mereka ramai yang bekerja di kebun-kebun, bertani, menyawit, menabang pokok dan bersawah. Jadi, banyak extra tongkat ali tenaga diperlukan. Jadi, tidak hairan sebenarnya kalau kita tengok orang-orang dulu, sihat dan umur panjang.

Mengenai air suam, ia memang bagus, sebab ia mencuci dan meneutralkan (kira buah pinggang kita tak bekerja keras dalam menstabilkan kandungan gula dalam darah).

7) Air embun.

Letak piring, sebelum tidur di tempat yang luas, kemudian ambil airnya dan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar. Insyallah

7.) Vegetarian.

Yang ini mungkin berkesan. Kalau mengikut kajian, orang vegetarian nie tak makan daging, jadi berat badan menjadi stabil. Sayur dan buah memiliki banyak warna.

Semakin berwarna semakin sehat makanan Anda. Misalnya, sayur dan buah berwarna oren dan hijau, kaya akan beta karoten. Kelebihannya, tak hanya ampuh menangkal radikal bebas, tapi juga menjauhkan tubuh dari sel kanker. Sementara, sayur dan buah berwarna kemerahan, kebiruan dan keunguan seperti plums, ceri, paprika, blueberry, dan kedelai hitam, mengandung antisianin. Manfaatnya, mencegah proses oksidasi yang terjadi secara dini dan menimbulkan penyakit degeneratif.

No comments:

Post a Comment