Wednesday, December 21, 2011

Tips ni pula utk org perempuan (org lelaki boleh pandang2)

50 tips untuk menambat hati si jejaka idaman...

1
. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

29. Jadi diri anda sendiri dan jangan hipokrit.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Macam mana susah kan nak pikat lelaki?

Org perempuan jgn baca.. Ni eksklusif utk lelaki sahaja..

Petua memikat hati kaum hawa

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

  1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

  2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

  3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

  4. Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

  5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

  6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

  7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

  8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  9. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

  10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

  11. Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

    Apa yg penting...
    Abang sayang kamu sayang <3 <3 <3

Tuesday, December 20, 2011

Maafkan ku sayang

Dulu..
pernah sekali aku terfikir..
Aku rasa dengan tanpa cinta ku tak mengapa...
Namun bila engkau tiada kesepian hati ini terasa amat sekali...
Baru kini aku tahu dan aku sedar tentang nilai cintaimu...

Alangkah indahnya wajahmu...
kan ku renunginya di dalam gambarmu
ku teringat akan pesanan-pesananmu
Namun..
pedihnya rasa hatiku ini apabila ku tiada bersama mu
ku berharap agar kau begitu juga..

Kini...
barulah ku memahami bahawa
hanya engkau sahajalah pelita hatiku
Semua yang telah ku korbankan hanya demi untuk mu
sayang...
Namun begitu,aku tetap mengenangkan dirimu,kasihmu,cintamu terhadap diriku..
dan janji-janji setiamu terhadap diriku sehidup semati.

Ku berharap sekiranya kau kembali..
kan ku curahkan rasa isi hati ini agar kau mengerti diriku ini
bahawa cintaku adalah cinta yang suci
dan sesungguhnya berikanlah ku harapan untuk bersama mu semula
agar bisa aku membuktikan nilai cintaku kepada mu
sayang...






Sudirman-Nilai Cintamu ~lirik~

Monday, December 19, 2011

Perempuan

Perempuan tu bukan TISU untuk kau , dah sedap lap hingus then buang -.-
Perempuan tu bukan BAJU untuk kau , setiap minggu nak tukar yang baru -,-
Perempuan tu bukan PATUNG untuk kau , dah couple buat bodoh je -.-
Perempuan tu bukan KELAB PELACUR untuk kau , dah puas main blah -,-
Perempuan tu bukan ROKOK untuk kau , dah isap then habis pijak -.-
Perempuan tu bukan TV untuk kau , hanya sekadar untuk hiburkan kau -,-

Renungkanlah....

Tuesday, December 13, 2011

JODOH

JODOH DARI SYAITAN .

kamu berdua berkenaLan , berpegangan tangan , dan terus buad maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung , baru kamu menikah ,

- JODOH DARI JIN .

kamu berdua berkenaLan , kamu suka kan si perempuan , tapi si perempuan tak suka kat kamu , kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan suka kepada kamu , dan kamu berdua menikah .

- JODOH DARI ALLAH .

kamu berdua bertentangan mata , terus menusuk ke kaLbu , kamu terus meminang si perempuan , dan si perempuan menerima
pinangan kamu , dan kamu berdua menikah , insyaAllah berkekaLan hingga akhir hayat .

DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN 'Syurga Cinta ' ... ♥

Monday, December 12, 2011

New Samsung Galaxy W.. The latest smartphone in the world...Grab it now...

New Samsung Galaxy W.. The latest smartphone in the world...Grab it now...

Nifiri Sutera Emas

Nifiri Kedah akan berbunyi kembali dlm beberapa jam sahaja lagi setelah 54 tahun tersimpan di Istana Anak Bukit...
Apa pun kami selaku Anak Negeri Melaka Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah.Kami berharap tuanku dapat memerintah negara ini dengan adil & saksama.

Sultan Kedah,Sultan berdaulat,
Daulatnya Tuanku dari rakyat jelata,
Menjunjung titah hamba taat,
Kasihnya hamba dari rakyat Negeri Melaka..

Daulat Tuanku...

Daulat Tuanku...
Daulat Tuanku...

Saturday, December 3, 2011

Harapan Seorang Lelaki

Tujuan aku menulis cerita pada kali ini adalah untuk aku berkongsi bersama korang tentang apa yang telah aku lihat,dengar dan rasa.Cerita ini mungkin ada dikalangan anda akan mengatakan bahawa ianya sebuah cerita yang membosankan tetapi hakikatnya ia adalah sebuah reliti kehidupan seorang insan yg bergelar lelaki.


Lelaki...

bila kita sebut je pasal lelaki..

mesti korang akan terfikir perkara yang selalu lelaki buat apa yang ada pada diri seorang lelaki,contohnya

suka bergaya,stlye,ego,berkarektor yang menarik dan sebagainya.Bila sebut pasal lelaki, mesti ada benda positif dan negatif yang ada dalam fikiran korang.


Aku sedar aku masih mentah n masih banyak perlu belajar tentang erti kehidupan...

Aku fikirkan aku je yg stress gila bila berlaku sesuatu perkara yg boleh dikatakan meruncingkan, rupanya aku dikelilingi orang yang lagi stress,tertekan lagi teruk drpd aku walaupun riak wajah mereka nampak ceria tetapi dlm hati mereka sedang meratap kesedihan....


Ceritaku bermula dengan kisah seorang sahabatku yang bernama Ariel (bukan nama sebenar)....


Aku mengenali diri Ariel sejak aku diperkenalkan oleh seorang sahabat karibku iaitu Azri (bukan nama sebenar).Pada awal perkenalanku dgn Ariel, aku sangkakan Ariel seorang budak yang jenis budak yang bermasalah attitude tp hakikatnya, setelah hampir 7 bulan masa berlalu,aku sedar bahawa apa yang aku sangka itu adalah salah kerana Ariel jenis seorang faham keadaan karekter rakannya.. Bagi aku,Ariel sememangnya berfikiran matang kerana dia sering merancang strategi sebelum melakukan sesuatu perkara.
Setiap kehidupan di muka bumi ini mesti ada pasanganya,begitulah juga kehidupan Ariel kerana ia telah dikurniakan seorang wanita yang cukup cantik dan sepadan dengannya bak kata orang tua-tua "bagaikan pinang di belah dua".Ariel sering membawa aku keluar ke Bandaraya Melaka dan disamping itu, dia juga sering menceritakan kepada aku tentang perasaannya,kasihnya pada seorang wanita yang dia kenali yang bernama Cik Nin (bukan nama sebenar). Dia memberitahu aku bahawa cik nin tinggal di seremban bersama keluarganya dan cik nin juga sedang mengikuti pelajaran di melaka.Oleh itu,Ariel sering menemani dan menjaga cik nin di melaka kerana cik nin tidak kenalan yang ramai di melaka.
Sementara itu,ariel juga turut memberitahu aku bahawa dia telah berjanji kepada keluarga cik nin bahawasanya dia akan menjaga cik nin sebaik yang mungkin.Sesungguhnya,cik nin telah banyak mengubah cara hidup ariel kerana sebelum ini ariel bukan ariel yang seperti sekarang,Ariel yang dahulu sering menimbulkan masalah di sana sini namun begitu cik nin telah berjaya mengubah nasib serta cara hidup ariel sehinggakan ariel pernah menjadi bahan perbualan sinis rakan-rakan sosialnya dahulu.Dalam pada itu, cik nin juga selalu menasihati diri ariel supaya mengubah sikapnya kepada yang positif dan meninggalkan perangainya yang negatif;walaupun agak sukar untuk seorang lelaki meninggalkan tabiat buruknya namun demi menjaga hati cik nin ariel sanggup meninggalkan perbuatannya itu demi mempertahankan perhubungannya dengan cik nin,dalam erti kata yang lain, cik nin telah menjadi sumber inspirasi ariel dalam segala bentuk keadaan.

Pada suatu hari,ketegangan hubungan berlaku dan ketegangan ini berlaku akibat daripada perselisihan faham dan juga orang yang ke 3. Mami Jarum (bukan nama sebenar) adalah merupakan dalang ketegangan perhubungan ariel dan cik nin berlaku.Menurut sumber,mami jarum ini merupakan salah seorang rakan sekelas cik nin yang sering membuat haru biru terhdap perhubungan pasangan kekasih yang ada di dalam kelasnya itu sehinggalah ariel dan cik nin menjadi mangsanya.

[Kalu aku jumpa perempuan mcm ni memang aku rogolkan je,menyusahkan hidup orang... hehe iklan sekejap ; )]

Pasangan dua sejoli ini memutuskan perhubungan mereka dengan tanpa sebarang sebab yang logik di akal.Menurut sumber,pasangan ini tidak mempunyai sebarang komplikasi perhubungan dan menurut sumber lagi,Cik nin terpaksa memutuskan perhubungan dengan ariel kerana ia mengikut kata mami jarum.Hal ini menyebabkan ariel menjadi resah gelisah pada setiap saat,setiap minit,setiap waktu,setiap masa kerana memikirkan keselamatan & keadaan cik nin.Aku faham perasaan ariel bahawasanya dia terpaksa berdepan masalah ini apabila kedua2 belah pihak keluarga bertanya khabar diantara dia dgn cik nin.Namun begitu,sebagai seorang sahabat yang masih belum pernah terikat perhubungan dgn mana2 wanita,aku cuba membantu dengan memberikannya nasihat,harapan dan semangat bg meneruskan kehidupan.Ariel juga pernah menyatakan pd aku bahawa dia akan melakukan perkara yang di luar jangkaan dan dengan tegas aku melarang perbuatannya itu utk di teruskan sama seperti rakannya dahulu bernama Fauzi (bukan nama sebenar) yg putus cinta dan dimasukan wad hospital kerana tidak dapat menahan perasaan sedih dan tekanan.Kes fauzi ni pula ialah dia sudah berkenalan dengan pasangan wanitanya selama 3 tahun,namun begitu takdir allah yang menentukan,perhubungan mereka hanya di pertengahan medan,mereka tidak dapat meneruskan perhubungan kerana fitnah dan hasrat dengki manusia.

Sesungguhnya Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya setiap makhluk di dunia ini dijadikan secara berpasangan.Dan sesungguhnya jodoh,ajal dan maut hanya allah sahaja yang tahu,kita hanyalah merancang,Allah yang tentukan.

Ya Allah...
aku berdoa kehadratMu ya Allah...
ampunkanlah dosa sahabat2 ku ini ya allah,
bebaskanlah mereka daripada segala dugaan...
permudahakanlah urusan mereka ya allah,

Ya Rahman,Ya Rahim...
pertemukan mereka dengan pasangan hati mereka ya allah..
sepertimana Engkau menemukan Adam & Hawa,Yusuf & Zulaikhah,Muhammad & Aisyah
Lindungilah pasangan ini daripada segala sihir & hasrat dengki manusia ya allah
Bawakanlah cinta pasangan ini ke arah cinta pasangan muslimin...
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Ya Allah...
Dan sungguhnya tiada tuhan yang sembah melainkanMu Ya Allah.
Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah, Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah, Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah....

Amin...