Saturday, July 24, 2010

Pengalaman dalam Masjid Kampung Hulu,Melaka


24 Julai 2010 4:30ptg

Ptg td iaitu selepas aku tunaikan solat hajat kt Masjid Kampung Hulu,Melaka,aku duduk rehat sekejap dlm masjid tu n lepas tu dtglah seorang pak haji ni.Pada mulanya,dia renung je kt muka aku sambil tersenyum n lepas tu secara tetiba dia memberi banyak nasihat kt aku.Aku pon hairan mcm mana dia boleh tahu dlm hati aku mengalami 1001 perasaan.Semua nasihat yg dia berikan tu memang tepat kena dgn diri aku.

Dia juga banyak memberikan aku kesedaran bertapa pentingnya kehidupan dalam penghijrahan.Dia berpesan padaku agar menggunakan & membaca Al-Quran jika aku tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah atau mengalami kesukaran.

Aku menceritakan masalah aku kepada pak haji tersebut bahawa berat rasa hati aku meninggalkan keluarga aku yang masih lagi dalam keperitan hidup tatkala sering dikhianati orang.Aku risau,sekiranya aku pergi jauh,tiada siapa yg akan menguruskan rumah keluarga aku ini tambahan pula semasa bulan ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.Pak haji tu berpesan supaya tinggalkan perasaan risau itu,bahkan ia mengatakan akan ada orang yang akan membantu keluarga aku semasa dlm bulan ramadhan.

Dia juga telah membacakan doa selamat buat diri aku dan juga beberapa doa yang lain & selapas itu aku meminta izin untuk mengisi tabung derma masjid tersebut yg terletak di belakang aku iaitu berhampiran dgn tiang alang masjid tersebut.Setelah aku memasukkan derma dalam tabung tersebut aku berpaling semula ke arah pak haji td,tetapi pak haji td telah hilang entah kemana,walhal tabung itu x sejauh mana hanya 3 meter dari tempat pak haji itu duduk.Aku menjadi bertambah hairan.Apa pun nasihatnya itu sangat berguna dan insyallah akan manafaatkannya dgn baik.wallahua'llam.

Saturday, July 17, 2010

Penantian demi penantian



Hari 18/7/2010,genaplah 5 tahun penantian kasih aku terhadap seorang wanita
yang sangat aku sanyang.Dalam pada itu,pada tahun 2005,kami pernah berjanji tidak akan berkenalan dgn mana-mana perempuan lain(bg diriku) dan mana-mana lelaki(bagi dirinya).Dalam tahun itu juga,aku pernah menyatakan hasratku yg tersirat di hati untuk berkenalan dgn lebih mendalam namun,dia menolak.Aku faham perasaanya yg gigih dlam peperiksaan dan oleh sebab itu akan menunggunya sehingga ke hari.


Aku bukannya seperti lelaki lain yang suka mempermainkan perasaan wanita mahupun
menghancurkan kebahagian seseorang wanita kerana aku cukup jaga adat dan adap pergaulan dengan seseorang wanita.Pernah juga,ada beberapa kali aku hampir terpikat kpd wanita lain namun aku batalkan niat ku itu kerna aku tahu kasihku hanya utk dia sahaja.

Sewaktu aku di tingkatan 6,ada seorang sahabatku telah memberitahu ku tentang sifatnya ketika dia belajar di sekolah yang sama(form 5) dgn kelas tingkatan 6 aku.Sahabat ku menyatakan bahawa ada juga seorang lelaki di sekolah itu yang cuba menyatakan hasratnya sama dengan ku.Namun begitu,dia menolak lamaran lelaki tersebut dan dia menyatakan bahawa dia telah menjadi milik orang.

Ya allah,sampai bilakah penantian ini akan berakhir.Petikan Taal(bunyian sitar) di telingaku semakin mengalun.Adakah harus meninggalkan begitu saja apa yang telah aku janjikan pada diriku dan dirinya sejak 5 tahun dahulu.Bantulah ku ya allah ya tuhan ku ya rahman,ya rahim.Tamatkanlah penderitaanku ini ya allah,amin ya rabbalalamin...