Monday, July 15, 2013

Mana Nak Tidur di LCCT?

Walaupun entri ini tidak akan jadi berguna lagi tahun hadapan sebab KLIA2 akan dibuka, diharapkan pembaca akan dapat general idea macam mana nak survive ketika travel tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Now, katakan flight anda adalah awal pagi esok, mungkin jam 7.00 pagi dan anda hanya boleh tiba di LCCT pada jam 12.30 malam. Untuk sampai ke LCCT di awal pagi adalah mustahil (jauh, traffic jam, etc. etc.) Mana nak tidur/lepak sebelum menunggu flight pagi esok?
Pilihan pertama adala Tune Hotel yang terletak bersebelahan LCCT. Namun begitu, kalau dah nampak yang jenama merah ni, tau-taulah macam mana business model dia yang mementingkan high profit margin. Tak boleh salahkan mereka pun, it’s just business. Harga semalaman tanpa tuala & toilettries serta aircon boleh mencecah sehingga RM180. Mahal. Malainkan kalau anda berdua, pilihan ini mungkin masih boelh dipertimbangkan. Kalau tak, elakkan.
Now where to go? Biasanya airport hub kapal terbang tambang murah sentiasa sesak dengan orang ramai. Kalau kat KLIA, masih ada tempat yang senyap untuk tidur. Belum cerita nak charge phone/laptop lagi.

Pilihan kedua, lepak di Premium Lounge yang terletak di hujung departure hall. Bayaran untuk 5 jam melepak di situ adalah RM108. SEMUA kemudahan disediakan – bilik mandi berserta tuala & toiletries, hot food, minuman, free flow beer, internet access dan tempat yang senyap. Lounge ni memang senyap sebab tak ramai atau hampir tiada orang yang gunakan. Boleh buat macam rumah sendiri. Kalau rasa nak tidur yang lebih lena (mungkin esok ada banyak urusan lain di destinasi), lounge adalah pilihan tepat.

Tapi bagaimana pula kalau takde bajet? Adakah tempat untuk melepak dan tidur dengan aman di LCCT ni tak wujud langsung? Tak semestinya.
KFC di arrival hall ni adalah sebuah cawangan yang kecil sahaja. Kat tepi restoren ni, ada lorong kecil yang dijadikan ruang makan. Situ ada empat plug point yang boleh digunakan. Kalau tiada orang, ambil terus dua meja bersebelahan antara satu sama lain untuk dijadikan tempat tidur anda.
Tempat ni selamat sebab kat depan ada sekurang-kurangnya seorang pegawai polis bertugas (biasanya dua) yang menjaga pintu keluar arrival hall. Jadi dalam lingkungan kawasan ini biasanya anda dan harta benda anda lebih selamat. Kalau nak tidur tu tak dapatlah baring macam dalam lounge tapi boleh tidur di meja makan, macam masa kat sekolah dulu la.



Kalau letak sekilo silver atas meja ni pun rasanya takde orang berani amik
Rindu merantau masa bercuti. Pada saya, istilah bercuti tu minimum dua minggu, paling ideal, sebulan. Seminggu? Lupakan. Belum sempat hilang penat travel jauh-jauh dah balik.

No comments:

Post a Comment