Tuesday, July 30, 2013

Istimewanya Ramadhan : Surah Al-Qad





Jom kita baca bersama...

 Surah Al-Qad
 
Semoga segala doa dan usaha yang telah kita kerjakan sepanjang ramadhan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.. Salam Ramadhan

Monday, July 29, 2013

Istimewanya Ramadhan : "Malam Lailatul Qadar"




'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat Al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti umat islam biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

1. Sejarah ringkas Malam al-Qadar: Apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.

BILAKAH LAILATUL QADAR?
1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

 سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR
1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR
Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.



Tanda Malam Lailatul Qadar


Monday, July 15, 2013

Mana Nak Tidur di LCCT?

Walaupun entri ini tidak akan jadi berguna lagi tahun hadapan sebab KLIA2 akan dibuka, diharapkan pembaca akan dapat general idea macam mana nak survive ketika travel tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Now, katakan flight anda adalah awal pagi esok, mungkin jam 7.00 pagi dan anda hanya boleh tiba di LCCT pada jam 12.30 malam. Untuk sampai ke LCCT di awal pagi adalah mustahil (jauh, traffic jam, etc. etc.) Mana nak tidur/lepak sebelum menunggu flight pagi esok?
Pilihan pertama adala Tune Hotel yang terletak bersebelahan LCCT. Namun begitu, kalau dah nampak yang jenama merah ni, tau-taulah macam mana business model dia yang mementingkan high profit margin. Tak boleh salahkan mereka pun, it’s just business. Harga semalaman tanpa tuala & toilettries serta aircon boleh mencecah sehingga RM180. Mahal. Malainkan kalau anda berdua, pilihan ini mungkin masih boelh dipertimbangkan. Kalau tak, elakkan.
Now where to go? Biasanya airport hub kapal terbang tambang murah sentiasa sesak dengan orang ramai. Kalau kat KLIA, masih ada tempat yang senyap untuk tidur. Belum cerita nak charge phone/laptop lagi.

Pilihan kedua, lepak di Premium Lounge yang terletak di hujung departure hall. Bayaran untuk 5 jam melepak di situ adalah RM108. SEMUA kemudahan disediakan – bilik mandi berserta tuala & toiletries, hot food, minuman, free flow beer, internet access dan tempat yang senyap. Lounge ni memang senyap sebab tak ramai atau hampir tiada orang yang gunakan. Boleh buat macam rumah sendiri. Kalau rasa nak tidur yang lebih lena (mungkin esok ada banyak urusan lain di destinasi), lounge adalah pilihan tepat.

Tapi bagaimana pula kalau takde bajet? Adakah tempat untuk melepak dan tidur dengan aman di LCCT ni tak wujud langsung? Tak semestinya.
KFC di arrival hall ni adalah sebuah cawangan yang kecil sahaja. Kat tepi restoren ni, ada lorong kecil yang dijadikan ruang makan. Situ ada empat plug point yang boleh digunakan. Kalau tiada orang, ambil terus dua meja bersebelahan antara satu sama lain untuk dijadikan tempat tidur anda.
Tempat ni selamat sebab kat depan ada sekurang-kurangnya seorang pegawai polis bertugas (biasanya dua) yang menjaga pintu keluar arrival hall. Jadi dalam lingkungan kawasan ini biasanya anda dan harta benda anda lebih selamat. Kalau nak tidur tu tak dapatlah baring macam dalam lounge tapi boleh tidur di meja makan, macam masa kat sekolah dulu la.



Kalau letak sekilo silver atas meja ni pun rasanya takde orang berani amik
Rindu merantau masa bercuti. Pada saya, istilah bercuti tu minimum dua minggu, paling ideal, sebulan. Seminggu? Lupakan. Belum sempat hilang penat travel jauh-jauh dah balik.

Friday, July 12, 2013

Who says.. :)

I wouldn't wanna be anybody else, hey

[Verse 1]
You made me insecure,
Told me I wasn’t good enough.
But who are you to judge
When you’re a diamond in the rough?
I’m sure you got some things
You’d like to change about yourself.
But when it comes to me
I wouldn’t want to be anybody else.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You’ve got every right
To a beautiful life
C'mon

[Chorus:]
Who says, who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurtin'?
Trust me, that's the price of beauty
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

[Verse 2:]
It’s such a funny thing
How nothing’s funny when it’s you
You tell ‘em what you mean
But they keep whiting out the truth
It’s like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won’t let you touch the sky

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You’ve got every right
To a beautiful life
C'mon

[Chorus:]
Who says, who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurtin'?
Trust me, that's the price of beauty
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

[Bridge:]
Who says you’re not star potential?
Who says you’re not presidential?
Who says you can’t be in movies?
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test?
Who says you can’t be the best?
Who said, who said?
Would you tell me who said that?
Yeah, who said?

[Chorus:]
Who says, who says you're not perfect? (yeah)
Who says you're not worth it? (yeah yeah)
Who says you're the only one that's hurtin'? (oh)
Trust me, that's the price of beauty (hey yeah, beauty)
Who says you're not pretty? (who said?)
Who says you're not beautiful? (I'm just beautiful me)
Who says?

Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurtin'?

Trust me (yeah), that's the price of beauty
Who says you're not pretty? (who says you're not beautiful?)
Who says?