Friday, January 23, 2015

Hebatnya takdir Allah S.WT

Kadang2 kita di uji oleh Allah S.W.T dengan 2 ujian yang sama hebat sama susah masalah untuk diselesaikan. Tapi dalam 2 masalah tersebut pasti ada jalan penyelesaian dan ada jalan penyelsaian yg berpintal pintal, agak sukar serta mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Keberkesanan ujian tersebut bergantung kepada pemilihan jalan penyelesaian oleh induvidu tersebut. Sama ada dia memilih untuk

a) Jalan Mudah
b) Jalan Susah

Definisi Jalan Mudah
-Meninggalkan semua masalah lain seperti hutang piutang, saman mahkahmah dan lain tanpa memikir kesan jangka panjang akibat yang akan berlaku di masa akan datang.

-Contoh : Si Ahmad ada kes mahkamah berkenaan saman roadtax. Dlm masa sama, ada seorang sahabat karib ahmad meninggal dunia di Kuantan. Ahmad berhajat untuk menziarahinya kerana Ahmad rasa duit belanja dia cukup utk ke kuantan. Walhal pada bajet sebelum ni.. ahmad dh sediakan duit tu utk bayar saman. Tp ahmad tetap bertindak mahu pergi juga ke kuantan. Dia rasa dia akan dapat kumpul balik duit dlm masa beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan. So dia pon pergi la ke kuantan & menziarahi sahabatnya itu serta melawat sekitar bandar kuantan.

INFO : Ahmad merupakan seorang yg agak sukar menepati masa utk kumpulkan duit dlm masa yg agak singkat.

Kesannya : Ahmad bakal di tahan di mahkahmah kerana tidak membayar denda yg dikeluarkan mahkamah.

Definisi Jalan Susah..
-Pada mulanya ahmad tahu, sahabat karibnya sakit tenat di hospital kuantan. Dia rasa nk pergi sgt ke kuantan untuk meziarahi sahabatnya tersebut akan tetapi dalam masa yang sama dia berdepan dengan masalah saman mahkamah yang mungkin memakan ratusan ringgit yg tidak dijangka. Hatinya meronta ronta nk pergi tp setelah mendapat tahu sahabat tersebut telah meninggal dunia.. Hatinya sedih sgt sebab tak dapat jumpa lagi sahabatnya itu. Tambahan pula dia sedang menghadapi masalah kewangan, dalam kata lain hanya cukup cukup makan je.

So bayangkan la di depan ahmad ada 2 jalan. Jalan nk jumpa sahabat & lepas tu penjara. 1 lg jalan jumpa mahkamah lepas itu bebas semua masalah.

Tanpa membuang masa ahmad melakukan solat istiqarah bg memohon petunjuk Allah S.W.T.

Alhamdulillah..
Akhirnya ahmad memilih JALAN SUSAH yakni susah untuk diterima kenyataan bahawa sahabatnya tersebut telah meninggal dunia dan menghadapi kes mahkamah tetapi ahmad fikir selesaikan kes mahkamah lagi penting kerena selain drpd melawat ahmad juga boleh berdoa dan menziarahi kubur sahabatnya itu. Hal ini kerana ahmad tidak akan sempat untuk menziarahi jenazah kerana jenazah tersebut telah pun di bawa ke rumahnya di Pekan Pahang.

Maafkan abang rahizan, kerana tidak dapat berjumpa dengan mu.. Semoga Allah meletakan roh mu di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Amin :(