Tuesday, December 21, 2010

Aku akan jadi sedih bertambah hiba bila duduk dlm negeri melaka terlamapau lama.Memang ada kalanya,ada juga yg membawa keriangan kepadaku tp sadarku itu hanyalah sementara sahaja.

Aku rindu pada seorang sahabatku ini,terlampau lama sangat kami tidak dapat berjumpa.
Dulu sewaktu di sekolah menengah,kami sering bersama x pernah berenggang langsung.sampai orang dah bercakap 'kalau ada si aminuddin mesti ada adam'.

Selepas spm kami berpisah,dan kami terpaksa mengikut haluan masa depan masing-masing.
Dlm masa yg sama aku telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 dan ketika peperiksaan akhir iaitu peperiksaan stpm 2 hari lagi.Alhamdulillah aku dapat bertemu dgn dia skali lagi.Rupa-rupanya barulah aku tahu bahawa dia turut mengambil aliran tingkatan 6.Kami belajar dan mengulangkaji sama-sama lps itu kami pun lunch bersama-sama di perpustakaan negeri tersebut.

Tetapi betul-betul tidak ku sangka bahawa pertemuan kami td adalah pertemuan yang terakhir.Hal ini kerana angkara kecuaian seorang pemandu kereta yg memandu secara merbahaya telah melanggar sahabatku itu yg sedang melintas di laluan zebra yg berhampiran dgn perpustakaan tersebut.

Ketika itu aku baru sahaja melangkah kaki dari pintu pagar perpustakaan tersebut.Dlm pada masa yg sama aku melihat ada sebuah kereta honda berwarna biru menuruni bukit di jalan besar hadapan perpustkaan tersebut dgn begitu laju sekali.Tidak ku sangka rupanya sahabatku sedang berada di tgh jalan melintasi laluan zebra itu dilanggar begitu sahaja.Alangkah sedihnya hatiku melihat sahabatku itu berguling-guling diatas kereta biru tersebut dan kemudian dibiarkannya sahaja.Kereta itu kemudian terus lari meniggalkan sahabat aku tersebut.

Aku yg dalam keadaan tergamam,terperanjat trus membaling buku-buku aku itu dan terus berlari ke arah sahabat aku itu dan terus menariknya ke tepi jalan tersebut supaya tiada perkara yg lebih buruk belaku.

Aku menelefon ambulans dgn handphone ku sambil memangku sahabatku itu.Semasa aku melefon ambulans,sahabatku itu memuntahkan darah dgn begitu banyak sekali.Hal ini membuatkan aku lagi bertambah sayu dan sedih.15 minit kemudian,ambulan sampai dan aku mengikutnya ke dlm ambulan tersebut.Tanpa ku sedari, sahabat ku itu telah menghembuskan nafasnya yg terakhir dalam ambulans itu juga.Ya allah,luruh hati jantungku melihat keadaan masa tu.

Setibanya di hospital,aku membuat laporan polis bersama 3 orang saksi kejadian.

Dlm keaadaan mood sedih,kwn2 aku di sekolah tingkatan 6 pula lain punya cerita.
Ada dikalangan mereka yg baik syukur alhamdulillah dapat memahami keadaan aku masa itu, tetapi ada juga yg membuatkan aku ini bertambah derita jiwa.Hal ini kerana ada di kalangan mereka yg agak kurang berpuas hati & selesa dgn aku memulaukan aku seorang diri.Apakah salah aku pada ketika itu,aku x pernah buat orang,aku xde pon niat yg x baik kt orang.Tetapi dek krn sokongan moral dan nasihat cikgu serta rakan-rakan yg baik hati itu,aku gagahkan jua untuk menghabiskan tingkatan 6.

Akhirnya,aku dapt tajaan uitm melaka untuk masuk kolej ikip kuantan.Tanpa membuat masa,26 julai 2010,aku mendaftar masuk ke ikip,kuantan.Selain daripada mncapai impianku di menara gading,aku juga sengaja mengambil tempat belaja yg jaraknya agak jauh dr rumah agak aku dapat lari dari segala penderitaan dan kesedihan.

Malangnya perkara itu tidak semudah untuk dilupakan begitu sahaja,mereka tetap aku mcm musuh,tetapi aku x kisah sebab aku dh pon ada keluarga yang baru iaitu Keluarga DGA.Aku harap pertalian kekeluargaan ini dapat berkekalan sampailah ke akhir hayatku pula.

-SEKIAN-