Sunday, October 3, 2010

Sweet Sour September and October

Setelah beberapa bulan aku belaja di kuantan ni,barulah aku tahu bertapa susah kehidupan di negeri orang ini.

Jika dirumah kehidupan aku sangat mewah.Hal ini kerana selain aku mendapat wang perbelanjaan daripada ibu bapaku,aku juga turut mendapat wang sara diri daripada pihak MARA.Oleh sebab itu,kehidupan aku di melaka menjadi lengkap dan kompleks.Tetapi malangnya,wang sara diri itu hanyalah termaktub di negeri melaka sahaja dan ia menyebabkan kehidupan aku di bandar kuantan ini sangat susah.Kadang-kadang aku malu untuk meminta wang daripada ibu bapa.Namun aku tiada cara lain,hanya itulah sahaja talian hayat yang aku ada.

Secara terus terang aku ingin meberitahu,aku memang suka akan kepada kos matapelajaran yang aku ambil di Kolej Antarabangsa IKIP ini,namun begitu kos yang aku ambil ini memerlukan kos peberlajaan yang tinggi.almaklumlah kos aku ni kos seni grafik.

Dalam banyak-banyak perkara yang aku paling tidak suka dalam kolej ini ialah kebanyakan lecturer art disini semuanya kaki koyak,sepak,bakar dll artwork orang.Itulah salah satu perkara yamg paling aku tension @ stress untuk melihatnya.Sesungguhnya,hampir keseluruhan pelajar bersengkang mata untuk menyiapkan artwork mereka tetapi dengan mudah saja pensyarah itu membakar artwork mereka di hadapanku.Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakan-rakanku yang dibawah tajaan UITM sepenuhnya.

Walhal,aku dalam kelas aku terdapat juga pensyarah sedemikian rupa iaitu En.pirdaus dan juga En.Zulhairi.Sesungguhnya cara mereka mengajar amatlah aggresif dan untuk pengetahuan semua,cara yang diajar oleh aku hargai tetapi ia juga banyak memberi tekanan kepadaku dan juga rakanku apabila tugasan @ assigment kami ditolak akibat tidak menepati kualiti yang dikehendakinya.

Selain itu,pada penghujung bulan september aku menjadi tidak sihat dan menyebabkan aku sakit tekak serta demam yang berlarutan hingga ke awal bulan oktober.Hal ini menyebabkan aku diberi cuti selama 4 hari oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Besar Melaka.Aku amat kecewa dengan layanan pihak hospital kuantan kerana mereka hanya memberikan aku ubat seperti pesakit biasa yang mengalami demam biasa.Walhal,aku telah menghidap penyakit tousel/ulser/sore throat/sakit tekak ni hampir 5 tahun.Oleh itu,pada 1/10/2010,aku pulang ke negeri melaka dan tepat pukul 10.00 pagi pada keesokan harinya,aku dimasukkan ke dalam wad specialist untuk melakukan sesi rawatan.Pada pukul 6.00 ptg dan setelah doktor hamzah menfakskan segala data penyakitku ke hospital tengku ampuan afzan,aku dibenarkan pulang oleh doktor tetapi bersyarat iaitu aku mestilah menadapatkan rawatan susulan selama 2 minggu di hospital tersebut.

Pada pukul 8.00mlm 2/10/2010,aku mendapt panggilan daripada sahabatku yang berada di asrama casa mahkota iaitu sebuah bangunan yang aku diami menyatakan bahawa semua assigment yang telah aku hantar telah pun dipulangkan semula oleh En.Pirdaus bg membuat 1 presentation pada hari selasa ini iaitu pada 5/10/2010.Tetapi malangnya,tidak semua assigmentku telah dipulangkan.Oleh sebab itu,aku yang masih dalam keadaan kurang stabil kesihatan ini tetap nekad untuk pulang ke Kuantan semula untuk mengambil assigment tersebut.

4/10/2010,Kuantan-Alangkah rasa kecewanya aku apabila kehadiran aku bersama rakanku di ikip 3 ini hanyalah sekadar membazir masa apabila encik tidak hadir ke ikip 3 seperti yang dijanikan kepada ku sewaktu aku di hospital lagi. Fuhhhhh.....

Kejayaan aku dan kumpulanku dalam mengubah Kolej IKIP ke arah kolej uneversiti

Pada hari pertama aku sampai di kolej ini,aku rasa amat terkejut kerana keadaan persekitrannya yg amat berbeza dgn kolej-kolej yang lain di malaysia.Namun,ada sesetengah rakanku yang mengundur diri di atas sebab persekitaran tersebut.Walaupun begitu,aku tetap tekad untuk meneruskan pelajarku di sini sbnya bagi pendapat aku pada waktu itu,aku datang hanya untuk menuntut ilmu dan bukannya pentingkan persekitaran.

Hari berganti hari,kami terus dikejutkan dgn tawaran yg ditawar oleh kolej yg ditaja oleh orang-orang kenamaan di negeri pahang ini iaitu kolej sahputra.Oleh itu,aku dan kumpulan aku bertekad untuk mengubah ikip ini menjadi sebuah kolej yg lebih selesa daripada kolej tersebut.Secara senyap,kami telah melakukan satu perbincangan sulit diantara kumpulan kami dan juga kumpulan pelajar dari sem-sem yang lain dengan melakukan sidang media SKYPE.Kami ditanya dengan pelbagai soalan oleh kakitangan ISO dan alhamdulillah kami berjaya menjawab soalan itu dengan baik.

Hari ini 21/9/2010, Kami dikejutkan kehadiran staf ISO tersebut.Meraka melakukan sidang mesyuarat yang agak lama perbincangannya.Kami masih ternanti nanti keputusan