Saturday, December 3, 2011

Harapan Seorang Lelaki

Tujuan aku menulis cerita pada kali ini adalah untuk aku berkongsi bersama korang tentang apa yang telah aku lihat,dengar dan rasa.Cerita ini mungkin ada dikalangan anda akan mengatakan bahawa ianya sebuah cerita yang membosankan tetapi hakikatnya ia adalah sebuah reliti kehidupan seorang insan yg bergelar lelaki.


Lelaki...

bila kita sebut je pasal lelaki..

mesti korang akan terfikir perkara yang selalu lelaki buat apa yang ada pada diri seorang lelaki,contohnya

suka bergaya,stlye,ego,berkarektor yang menarik dan sebagainya.Bila sebut pasal lelaki, mesti ada benda positif dan negatif yang ada dalam fikiran korang.


Aku sedar aku masih mentah n masih banyak perlu belajar tentang erti kehidupan...

Aku fikirkan aku je yg stress gila bila berlaku sesuatu perkara yg boleh dikatakan meruncingkan, rupanya aku dikelilingi orang yang lagi stress,tertekan lagi teruk drpd aku walaupun riak wajah mereka nampak ceria tetapi dlm hati mereka sedang meratap kesedihan....


Ceritaku bermula dengan kisah seorang sahabatku yang bernama Ariel (bukan nama sebenar)....


Aku mengenali diri Ariel sejak aku diperkenalkan oleh seorang sahabat karibku iaitu Azri (bukan nama sebenar).Pada awal perkenalanku dgn Ariel, aku sangkakan Ariel seorang budak yang jenis budak yang bermasalah attitude tp hakikatnya, setelah hampir 7 bulan masa berlalu,aku sedar bahawa apa yang aku sangka itu adalah salah kerana Ariel jenis seorang faham keadaan karekter rakannya.. Bagi aku,Ariel sememangnya berfikiran matang kerana dia sering merancang strategi sebelum melakukan sesuatu perkara.
Setiap kehidupan di muka bumi ini mesti ada pasanganya,begitulah juga kehidupan Ariel kerana ia telah dikurniakan seorang wanita yang cukup cantik dan sepadan dengannya bak kata orang tua-tua "bagaikan pinang di belah dua".Ariel sering membawa aku keluar ke Bandaraya Melaka dan disamping itu, dia juga sering menceritakan kepada aku tentang perasaannya,kasihnya pada seorang wanita yang dia kenali yang bernama Cik Nin (bukan nama sebenar). Dia memberitahu aku bahawa cik nin tinggal di seremban bersama keluarganya dan cik nin juga sedang mengikuti pelajaran di melaka.Oleh itu,Ariel sering menemani dan menjaga cik nin di melaka kerana cik nin tidak kenalan yang ramai di melaka.
Sementara itu,ariel juga turut memberitahu aku bahawa dia telah berjanji kepada keluarga cik nin bahawasanya dia akan menjaga cik nin sebaik yang mungkin.Sesungguhnya,cik nin telah banyak mengubah cara hidup ariel kerana sebelum ini ariel bukan ariel yang seperti sekarang,Ariel yang dahulu sering menimbulkan masalah di sana sini namun begitu cik nin telah berjaya mengubah nasib serta cara hidup ariel sehinggakan ariel pernah menjadi bahan perbualan sinis rakan-rakan sosialnya dahulu.Dalam pada itu, cik nin juga selalu menasihati diri ariel supaya mengubah sikapnya kepada yang positif dan meninggalkan perangainya yang negatif;walaupun agak sukar untuk seorang lelaki meninggalkan tabiat buruknya namun demi menjaga hati cik nin ariel sanggup meninggalkan perbuatannya itu demi mempertahankan perhubungannya dengan cik nin,dalam erti kata yang lain, cik nin telah menjadi sumber inspirasi ariel dalam segala bentuk keadaan.

Pada suatu hari,ketegangan hubungan berlaku dan ketegangan ini berlaku akibat daripada perselisihan faham dan juga orang yang ke 3. Mami Jarum (bukan nama sebenar) adalah merupakan dalang ketegangan perhubungan ariel dan cik nin berlaku.Menurut sumber,mami jarum ini merupakan salah seorang rakan sekelas cik nin yang sering membuat haru biru terhdap perhubungan pasangan kekasih yang ada di dalam kelasnya itu sehinggalah ariel dan cik nin menjadi mangsanya.

[Kalu aku jumpa perempuan mcm ni memang aku rogolkan je,menyusahkan hidup orang... hehe iklan sekejap ; )]

Pasangan dua sejoli ini memutuskan perhubungan mereka dengan tanpa sebarang sebab yang logik di akal.Menurut sumber,pasangan ini tidak mempunyai sebarang komplikasi perhubungan dan menurut sumber lagi,Cik nin terpaksa memutuskan perhubungan dengan ariel kerana ia mengikut kata mami jarum.Hal ini menyebabkan ariel menjadi resah gelisah pada setiap saat,setiap minit,setiap waktu,setiap masa kerana memikirkan keselamatan & keadaan cik nin.Aku faham perasaan ariel bahawasanya dia terpaksa berdepan masalah ini apabila kedua2 belah pihak keluarga bertanya khabar diantara dia dgn cik nin.Namun begitu,sebagai seorang sahabat yang masih belum pernah terikat perhubungan dgn mana2 wanita,aku cuba membantu dengan memberikannya nasihat,harapan dan semangat bg meneruskan kehidupan.Ariel juga pernah menyatakan pd aku bahawa dia akan melakukan perkara yang di luar jangkaan dan dengan tegas aku melarang perbuatannya itu utk di teruskan sama seperti rakannya dahulu bernama Fauzi (bukan nama sebenar) yg putus cinta dan dimasukan wad hospital kerana tidak dapat menahan perasaan sedih dan tekanan.Kes fauzi ni pula ialah dia sudah berkenalan dengan pasangan wanitanya selama 3 tahun,namun begitu takdir allah yang menentukan,perhubungan mereka hanya di pertengahan medan,mereka tidak dapat meneruskan perhubungan kerana fitnah dan hasrat dengki manusia.

Sesungguhnya Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya setiap makhluk di dunia ini dijadikan secara berpasangan.Dan sesungguhnya jodoh,ajal dan maut hanya allah sahaja yang tahu,kita hanyalah merancang,Allah yang tentukan.

Ya Allah...
aku berdoa kehadratMu ya Allah...
ampunkanlah dosa sahabat2 ku ini ya allah,
bebaskanlah mereka daripada segala dugaan...
permudahakanlah urusan mereka ya allah,

Ya Rahman,Ya Rahim...
pertemukan mereka dengan pasangan hati mereka ya allah..
sepertimana Engkau menemukan Adam & Hawa,Yusuf & Zulaikhah,Muhammad & Aisyah
Lindungilah pasangan ini daripada segala sihir & hasrat dengki manusia ya allah
Bawakanlah cinta pasangan ini ke arah cinta pasangan muslimin...
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Ya Allah...
Dan sungguhnya tiada tuhan yang sembah melainkanMu Ya Allah.
Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah, Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah, Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah....

Amin...

No comments:

Post a Comment