Tuesday, September 20, 2011

Hari yg paling mengerikan

Pukul 8.00pg-12.00pg,
Aku memang mengalami sakit tekak sebelum ni,
so macam biasa la,penyakit aku tu berulang kembali..
aku tak tahu apa silapnya

Pukul 12.15pg
Dalam seronok melayan fb & online game dgn laptop..
tetiba nafas aku naik secara mendadak..
aku menjadi panik,resah gelisah..
tambahan pula pada ketika itu aku hanya keseorangan diri di dalam bilik..
nafasku semakin naik mendadak sehinggakan aku rasakan hidung aku aku tidak lagi berfungsi...
Dlm masa yg sama,di sebelah katilku ada sebuah mineral pot...
Cubalah korang bayangkan keadaan aku pada masa tu...
Dgn x bleh bernafas, tak boleh bergerak nk pegi ambil secawan air...
Fuhh... memang azab....
Setelah aku aku membasahkan tekak ku dgn secawan air...
nafasku mula turun..
selepas nafasku kembali seperti biasa..
aku segera mengambil ubat sakit tekak aku (suspek sakit tekak mcm biasa tp xde pula nafas aku naik sblum ni)


Pukul 12.45pg
Setelah keadaan nafasku mulai reda..
aku segera turun ke bawah mencari seseorang yg boleh temankan ku ke hospital..
(aku naik motor,so kalu aku seorang memang bahaya)
pada mulanya aku nk menngajak azahar (junior aku)..
puas aku cari tapi x jumpa...
kemudian,aku mengajak seorang lagi junior yang pernah aku mengajar dia dahulu...
(emm... x payah la sebut namanya)

Pukul 12.55pg
kami bertolak dari casa mahkota ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang..
Setibanya kami di sana,aku terus mendaftar nama pada unit pendaftaran...
Selepas itu,aku memasuki bilik rawatan 2 dan berjumpa dgn MA (Medical Assistance),disamping aku turut memberikan keterangan perkara yang telah berlaku pada diri aku...
Kemudian,kami diarah ke bilik menunggu,bagi mendapatkan pemeriksaan seterusnya...

Pukul 1.15 pg
Kami menunggu di hadapan bilik menunggu bg mendapatkan pemeriksaan seterusnya..
Sementara itu,aku memohon maaf kepada juniorku itu kerana mengajaknya menemani aku ke hospital sb masa tu aku betul x tahu siapa yang harus aku ajak pergi bersama...

TETAPI...

Alangkah kecewanya hatiku,hancur lebur harapanku bila junior ku itu berkata...
"kenapa abg adam pilih saya,kan ramai budak DGA SEM 3 yang lain,ada berapa orang budak DGA lelaki"
lpas tu dia x habis2 mengungkit dgn assigment...

Untuk pengetahuan semua...
budak inilah yang pernah aku ajar perkara2 yang paling asas untuk menjadi seorang designer yang berjaya bermati-matian sebab biasakannya dgn keadaan seorang designer...
Dgn hati yg dh kecewa ni,aku pun berkata..
"kalau ko nak balik,ambik kunci motor ni & ko balik.Biarlah abg kt sini n nanti abg suruh Puan Azura (Warden Asrama Casa Mahkota) dtg ambik abg kt hospital ni"
Lpas aku ckp tu,baru la dia senyap dr sebut pasal assigment...
Aku pon ada assigment juga,berbakul durian nk kena buat last minit,boleh je teman org g hospital.Assigment berlambak ni tp selamba je aku tinggalkan sb kenangkan org tu sakit..
Aku x faham la sifat remaja sekarang ni... xde perasaan berperikemanusiaan langsung..

Sebaik je aku habis aku offer budak tu balik,nurse pon memanggil nama ku..
Masuk je dlm bilik tu..
Aku jumpa seorang doktor perempuan yg agak comel,rendah orangnya n manisnya senyuman dia..
Aku memberikan statement yg terjadi pada aku...
selepas aku statment diberi,tekak aku di periksa
kemudian,beliau menulis 1 surat untuk berjumpa dengan doktor pakar tekak & 1 surat lagi utk ubat sementara
Malangnya farmasi HTAA x buka 24 jam
so aku kena ambil dlm pukul 10.00 pg
Doktor itu ckp,nasib baik awak datang hospital cepat...
kalu tidak,awak akan bermain dengan nyawa....

Aku bersyukur sangat kepada allah kerana memberikan aku peluang untuk hidup...
Sesungguhnya aku ingin melihat keturunanku membesar dgn bahagia di depan mataku...
dan sesungguhnya aku menyesal berbuat baik dgn org yg memberikan aku racun di saat aku memerlukan madu.Aku tersangatlah bertaubat,bahawasanya aku tidak akan menolong org yg sedemikian

No comments:

Post a Comment