Saturday, January 21, 2012

Sejarah yg memilukan ku..

Tahun 2007..
merupakan tahun yang amat memilukan ku..
sewaktu itu aku baru berusia 17 tahun..
walaupun di usia begitu.. memang aku kelihatan seperti keanak-anakan tp fikiran ku tentang masa depan ku dah cukup matang untuk aku menjalani kehidupan dewasa..
Di tahun tersebut juga aku mengalami 1 peristiwa pahit di mana aku sendiri x melupakannya sehingga ke hari ini..

Aku berkenalan dengan seorangan pelajar perempuan yg sebaya dengan ku..
sehinggalah dia menjadi milik ku..
Aku sangat bahagia bersama dengan dia dan dia sangat mesra dengan ku.. sewaktu itu kami memang saling sayang menyanyangi antara satu lain cuma kami jarang membuat perkara yg pernah rakan2 ku buat bersama pasangan mereka di sekolah kerana sewaktu itu kami berdua terikat dengan perundangan sekolah sb kami berdua merupakan pelajar contoh bg pelajar lain.Dalam erti kata lain,kami berdua merupakan pengawas sekolah yang sangat di kenali oleh kalangan guru.

Aku masih ingat senyum manis yang terukir di bibirnya yg sentiasa dalam ingatanku.
Lirikan matanya yang manja,pakaianya yg kemas,ayu,sopan serta bau wangiannya yg dipakai setiap hari,membuatkan aku terpesona dengannya.
Aku juga masih ingat warna dan bunga kesukaannya sehingga ke hari ini..
dan sebab itu la ros putih menjadi pilihan ku drpada berjuta bunga segar di dunia ni...

Sewakti percubaan spm..
aku selalu bersama dengan dia..
menyelesaikan masalah matapelajaran bersama..
segalanya bersama.. sampai ada suatu ketika aku hampir nk terkantoi dengan seorang cikgu sukan di skola tu tp patkal member,so kecik punya hal ade settle.. hehe.. XD

Sewaktu peperiksaan tiba..
kami diasingkan kepada 2 dewan iaitu dewan sains dan dewan sastera..
aku di masukan dalam dewan sastera dan dia dimasukan ke dalam dewan sains..
peperikasaan kami berjalan dengan lancar..
walaupun aku x minat sbjek akaun tp aku masih lagi boleh bertahan..
sehinggalah keputusan spm dikeluarkan..

Sewaktu keputusan spm dikeluarkan..
aku telah mendapat keputusan yg serdahana berbanding dengan dia yang cemerlang dalam fizik dan akaun..
Selepas sebulan keputusan result spm dikeluarkan,kami menerima sepucuk surat drpada kolej ikip yang menyatakan kami layak menyertai kursus pengajian perniagaan di kuantan.. Dia bertanyakan pendapat aku tentang surat tersebut.Demi masa depan dia,aku membenarkannya utk menyambung pelajaran disana tetapi aku memberi tahu dia bahawa aku tidak akan ke ikip sebaliknya aku akan menyambung pelajaran d tingkatan 6 kerana keluarga aku bukan kalangan orang yang senang dan tidak mampu untuk membiayai pelajaran aku disana..
Julai 2008,dia berangkat ke kuantan dan meneruskan pelajarannya dia..
Di saat itulah bermula detik kisah pahitku di zaman remaja...

Sewaktu di tingkatan 6
Terus terang aku nyatakan disini..
semasa aku di tingkatan 6 aku agak sensatif dgn couple2 ni..
secara jujurnya aku memang cemburu tgk mereka duduk berdua-duaan...
sorang bagi coklat dan sorang lagi bagi bunga... tp aku..?? apa bleh buat sb itu hak diorang..
so aku fikir secara matang,aku katakan pada diriku supaya sabar..
Apa yang aku buat gelisah semasa di form 6,sepanjang masa aku call dia tapi x pernah dijawab panggilan tersebut sehinggalah no telefon tersebut tidak dikenali operator..
alangkah sepinya rasa hati dan bimbang ini apabila ditinggalkan begitu shaja tanpa surat mahupun telefon..
Dek kerana tiada surat dan alamat utk ku kirimkan hadiah hari jadi kegemarannya..
aku diamkan sahaja diri ini dengan cara melayan gelagat kawan2 sekelas baik hati dan pelbagai ragam melayan selain daripada ragam skolah yang berjuta warna ragamnya..
aku suka melayan diorang tp dalam suka di wajah ini,hati aku tetap dalm kesedihan dan kesepian..
ada juga yang cuba membantu aku waktu itu tapi x berhasil..

Aku semakin risau tentang dirinya..
sampai satu tahap aku x makan 2 minggu.. dan aku sering demam dan berulang alik ke hospital melaka...
atas nasihat ibuku,aku pon berangkat ke kuantan mencari dia di ikip..
pada asalnya dia mengambil kos pengajian perniagaan tetapi pihak pengurusan berkata dia telah pon menukar kpd bidang AD-Uitm di taman pertanian.Tanpa melengahkan masa lagi..
aku ke kampus taman pertanian sambil membawa hadiah kesukaannya sewaktu di sekolah dulu..

Setelah aku menjumpainya..
alangkah terkejutnya aku melihat perubahan drastik terhadap dirinya..
aku x kisah tentang perubahan fizikalnya namun yang paling aku tidak dapat terima ialah..
aku dihina,di caci,di maki malahan statment yang paling aku x bleh lupa sehingga ke hari ini ialah dia kata begini

"siapa ko? aku x kenal ko pun.. entah datang dari kampung mana lepas tu senang2 mengaku aku ni kawanko, GF ko.. Weii sedar2 la diri tu skit ko tu dah buruk x hensem, lain la mcm dia ni smart ade keta,berkedudukan tinggi berstatus tengku kan yunk kann... Aku rasa rimas tgk muka ko ni la... eh lebih baik ko blah sebelum aku panggil pengawal..."

Alangkah hancurnya hatiku ini serta perasaan malu yg tidak terhingga...
dia begitu angkuh dan sombong terhadap ku dan dia juga cukup memuja budak lelaki terengganu tersebut..
Orang yang aku sayang dan antara yang terpenting dalam hidupku berkata aku sedemikian rupa..
aku rasa aku memang dh x layak untuk dirinya.. dan aku rasa dia bukan lagi puteriku,dia bukan lagi hawa ku,dia bukan perempuan baik2 yg pernah aku kenal dahulu..
tanpa membuang masa, aku yg dlm keadaan menahan sebak memberikan sekotak hadiah kegemaran si dia yg berbungkus warna merah kepada kekanda pujaannya itu.. Selain itu,aku juga bersumpah kepada allah aku x kan cari perempuan macam dia dan aku juga bersumpah jika dia pulang ke melaka,dia akan ditimpa musibah...

Si dia dengan angkuhnya..
mengejek kata-kata itu tanpa memikirkan bahana doa org teranaiya..
Selepas itu aku beransur pulang ke terminal darul makmur dan kemudian ke bandar melaka..
Setibanya aku di rumah.. aku mula menjadi murung..
kerja aku hari2 termenung... termenung seorang diri mengenangkan nasib yang terjadi pada diriku.. kadang2 aku duduk kt sawah arwah moyang aku,kadang2 kt pantai aku duduk sesorang termenung.. peperikasaan datang pon aku buat x tau,percubaan stpm pon aku buat donno je.. kawan2 cakap aku buat x layan..
bleh katakan 2 sem form 6 aku lebih banyak termenung,sayu & sedih... makan entah kemana..
tido x seberapa.. semua serba x kena...

Selepas itu,2 minggu sebelum peperiksaan stpm ade seorang rakan aku ni yang sangat baik hati dan bleh katakan pakar dalam motivasi cuba datang dekat pada aku dan bertanyakan masalah aku.. Oleh itu aku pon meluahkan segala masalah yang aku hadapi kepadanya.. Akhirnya dia faham masalah aku...
Dia memberi nasihat kepada supaya meninggalkan fikiran yang negatif dan ambil yang positif..
selain itu dia juga bnyak memberikan aku semangat kembali dalm pelajaran.. selalu juga aku dgn member aku yg lain dtg rumah dia study sama2 sb dia x nak bagi aku kesunyian..
kadang2 group kitorang selalu lepak bersama kt tesco melaka ataupun MP DP.. Dalam lepak2 tu pon dia ada gak nasihatkan aku supaya meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi supaya dapat melawan perempuan yang x guna tu dan buktikan bahawa aku bleh buat...
Akhirnya aku sedar,tiada gunanya kalu aku terus bermurung.. kehidupan mesti diteruskan walaupun agak pahit untuk dilupakan namun itulah hakikatnya..

Baru-baru ini 2 hari seblum hari raya aidilfitri..
aku di kejutkan dengan kematian perempuan yang menghina aku tersebut bersama lelaki pujaanya itu di harian metro..
dia telah mengalami kelamangan yg ngeri di lebuhraya muadazam shah-segamat ketika dalam perjalanan pulang dari kuantan ke melaka.Ketika itu,aku rasa teramatlah takut dengan kejadian itu,lalu dengan segera ku berisgthifar,selawat,aku sedekahkan al-fatihah serta aku mohon kepada allah s.w.t supaya ampunkanlah dosanya,jauhkanlah dia dari sebarang seksaan dan letakannya di kalangan golongan yg solehah serta ku ampunkan segala dan dosanya pada ku walapun sebesar zarah sekali ku ampunkan...
Sebab itulah sampai sekarang aku takut untuk bercinta lagi tetapi jika sudah ditakdirkan aku redha dan aku terima ia dengan seadanya...

2 comments:

  1. Salam...Wei!!... kawan..cerita kisah hidup kau ni baut aku tertariklah..Hmmm..kalau kau ada masa kau PM aku k..Kalau kau tak keberatan nak tak aku buatkan kisah hidup kau dalam penulisan novel aku? siapa2 baca pasti ada yang seronok dan tertarik dengan cerita yang kau lakarkan nie...Apa2 nnt kau PM aku kat box..=)

    ReplyDelete