Saturday, July 17, 2010

Penantian demi penantian



Hari 18/7/2010,genaplah 5 tahun penantian kasih aku terhadap seorang wanita
yang sangat aku sanyang.Dalam pada itu,pada tahun 2005,kami pernah berjanji tidak akan berkenalan dgn mana-mana perempuan lain(bg diriku) dan mana-mana lelaki(bagi dirinya).Dalam tahun itu juga,aku pernah menyatakan hasratku yg tersirat di hati untuk berkenalan dgn lebih mendalam namun,dia menolak.Aku faham perasaanya yg gigih dlam peperiksaan dan oleh sebab itu akan menunggunya sehingga ke hari.


Aku bukannya seperti lelaki lain yang suka mempermainkan perasaan wanita mahupun
menghancurkan kebahagian seseorang wanita kerana aku cukup jaga adat dan adap pergaulan dengan seseorang wanita.Pernah juga,ada beberapa kali aku hampir terpikat kpd wanita lain namun aku batalkan niat ku itu kerna aku tahu kasihku hanya utk dia sahaja.

Sewaktu aku di tingkatan 6,ada seorang sahabatku telah memberitahu ku tentang sifatnya ketika dia belajar di sekolah yang sama(form 5) dgn kelas tingkatan 6 aku.Sahabat ku menyatakan bahawa ada juga seorang lelaki di sekolah itu yang cuba menyatakan hasratnya sama dengan ku.Namun begitu,dia menolak lamaran lelaki tersebut dan dia menyatakan bahawa dia telah menjadi milik orang.

Ya allah,sampai bilakah penantian ini akan berakhir.Petikan Taal(bunyian sitar) di telingaku semakin mengalun.Adakah harus meninggalkan begitu saja apa yang telah aku janjikan pada diriku dan dirinya sejak 5 tahun dahulu.Bantulah ku ya allah ya tuhan ku ya rahman,ya rahim.Tamatkanlah penderitaanku ini ya allah,amin ya rabbalalamin...

No comments:

Post a Comment