Friday, January 23, 2015

Hebatnya takdir Allah S.WT

Kadang2 kita di uji oleh Allah S.W.T dengan 2 ujian yang sama hebat sama susah masalah untuk diselesaikan. Tapi dalam 2 masalah tersebut pasti ada jalan penyelesaian dan ada jalan penyelsaian yg berpintal pintal, agak sukar serta mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Keberkesanan ujian tersebut bergantung kepada pemilihan jalan penyelesaian oleh induvidu tersebut. Sama ada dia memilih untuk

a) Jalan Mudah
b) Jalan Susah

Definisi Jalan Mudah
-Meninggalkan semua masalah lain seperti hutang piutang, saman mahkahmah dan lain tanpa memikir kesan jangka panjang akibat yang akan berlaku di masa akan datang.

-Contoh : Si Ahmad ada kes mahkamah berkenaan saman roadtax. Dlm masa sama, ada seorang sahabat karib ahmad meninggal dunia di Kuantan. Ahmad berhajat untuk menziarahinya kerana Ahmad rasa duit belanja dia cukup utk ke kuantan. Walhal pada bajet sebelum ni.. ahmad dh sediakan duit tu utk bayar saman. Tp ahmad tetap bertindak mahu pergi juga ke kuantan. Dia rasa dia akan dapat kumpul balik duit dlm masa beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan. So dia pon pergi la ke kuantan & menziarahi sahabatnya itu serta melawat sekitar bandar kuantan.

INFO : Ahmad merupakan seorang yg agak sukar menepati masa utk kumpulkan duit dlm masa yg agak singkat.

Kesannya : Ahmad bakal di tahan di mahkahmah kerana tidak membayar denda yg dikeluarkan mahkamah.

Definisi Jalan Susah..
-Pada mulanya ahmad tahu, sahabat karibnya sakit tenat di hospital kuantan. Dia rasa nk pergi sgt ke kuantan untuk meziarahi sahabatnya tersebut akan tetapi dalam masa yang sama dia berdepan dengan masalah saman mahkamah yang mungkin memakan ratusan ringgit yg tidak dijangka. Hatinya meronta ronta nk pergi tp setelah mendapat tahu sahabat tersebut telah meninggal dunia.. Hatinya sedih sgt sebab tak dapat jumpa lagi sahabatnya itu. Tambahan pula dia sedang menghadapi masalah kewangan, dalam kata lain hanya cukup cukup makan je.

So bayangkan la di depan ahmad ada 2 jalan. Jalan nk jumpa sahabat & lepas tu penjara. 1 lg jalan jumpa mahkamah lepas itu bebas semua masalah.

Tanpa membuang masa ahmad melakukan solat istiqarah bg memohon petunjuk Allah S.W.T.

Alhamdulillah..
Akhirnya ahmad memilih JALAN SUSAH yakni susah untuk diterima kenyataan bahawa sahabatnya tersebut telah meninggal dunia dan menghadapi kes mahkamah tetapi ahmad fikir selesaikan kes mahkamah lagi penting kerena selain drpd melawat ahmad juga boleh berdoa dan menziarahi kubur sahabatnya itu. Hal ini kerana ahmad tidak akan sempat untuk menziarahi jenazah kerana jenazah tersebut telah pun di bawa ke rumahnya di Pekan Pahang.

Maafkan abang rahizan, kerana tidak dapat berjumpa dengan mu.. Semoga Allah meletakan roh mu di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Amin :(

Thursday, May 15, 2014

Terima Kasih Cikgu.. ( Selamat Hari Guru )

Guru..
Insan ini ibarat matahari yang memberikan cahaya kpd seluruh alam..
Tanpa dia maka tidak akan bergerak segalanya.. 

Assalamulaikum Cikgu & Salam Sejahtera Cikgu..

Itulah ungkapan yg sering saya dengar sewaktu permulaan proses pembelajaran pada sesi pagi mahupun sesi petang. Namun hari demi hari, waktu bersilih ganti, nada ungkapan tersebut semakin sukar saya dengari, kerana semakin hari semakin meningkat umur kami dan sudah pasti kami melangkah ke alam pekerjaan.

Bagi saya,
Cikgu adalah orang yang ketiga yang paling saya taati selepas ibu dan bapa saya.. tidak kira cikgu sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah mahupun di perikat diploma. Hal ini bukan sahaja ia menjadi adat malahan ia juga adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Buruk baik mereka tetap saya terima selagi ia tidak mengajar saya ke jalan kemungkaran.

Saya amat bersyukur kpd Allah S.W.T kerana saya dikurniakan guru2 yang prihatin dan peka tehadap masa depan pelajar. Memang saya akui, kehidupan seorang guru adalah sangat mencabar dan ia juga memerluka banyak daya kesabaran yang tinggi bagi melaksanakan tugas. Kadang-kala mereka bukan sahaja mengajar di papan hitam/white screen/ nota, tetapi mereka terpaksa memikul tanggungjawab untuk membimbing pelajar yang pada awalnya tidak miliki apa2 jua ilmu sehingga pelajar itu berjaya. Cabaran ini juga turut dipikul bagi guru2 yang mengajar pelajar2 pendidikan khas bagi melaksanakan impian ibu bapa melihat anak mereka berjaya.

Ada seorang cikgu ini, telah mencetuskan idea inspirasi bagi saya. Dialah yang banyak memberikan saya bantuan,meningkat minat saya untuk belajar walaupun dikala itu istilah "bermain, enjoy, happy" sentiasa berada dalam fikiran saya. Bak kata org sekarang, "budak baru nak up,memang macam tu". Hehe.. :D
Sewaktu saya di tingkatan 2, memang saya akui saya agak sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru pada ketika itu dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan akhirnya penyakit 'malas' mula melanda.. ( dulu je sekarang tak okies.. hehe)

Mungkin ada di kalangan anda sudah mengetahui nama beliau. Apakah jasa beliau terhadap keluarga saya? Siapakah beliau?
Beliau ialah Allahyarham Haji Safran Ismail.. 
Untuk pengatahuan, Allahyarham Haji Safran ini adalah bekas guru kepada bonda saya Puan Murni sewaktu bonda saya belajar di SMK Seri Tanjung, Tanjung Kling, Melaka.(Dahulunya dikenali sebagai SMK TANJUNG KLING)
Namun, dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Allahyarham sebagai pelajarnya. Beliau la yang paling banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.Jangan sebut perkataan tak siap kerja sekolah di hadapanya, memanglah hinggap rotan ditangan. Oleh kerana permulaan belajar dengan beliau dahulu saya agak malas nak buat kerja rumah, huhu mmg kerap gak la saya kena rotan dan sebagainya.Sehingga sampai ke satu tahap dia tidak merotan saya,tetapi dia buat reverse psychology serta memberikan nasihat, idea, dan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Ketika saya mendengar nasihat daripadanya, air mata jatuh ke pipi kerana mengenang kembali nasib keluarga yg dihimpit kesusahan. Tatakala daripada nasihat itu bertukar menjadi satu insipirasi & pencetus idea transformasi kehidupan ku dan keluarga daripada aku berada di tingkatan 2 sehingga la aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dan berjaya mengapai cita2 yg ku impikan.
Tapi Allah itu Maha Pencipta, sebaik sahaja aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma, beliau telah pergi ke rahmatullah buat selamanya. Perasaan sedih tidak terhingga bercampur hiba kerana saya tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih cikgu dan memberikan skroll kepada beliau di atas segala idea, jasa beliau kepada keluarga saya dan berjaya menarik minat saya untuk belajar dan terus belajar walaupun apa jua keadaan.

Namun begitu, saya juga tidak melupakan jasa guru-guru yang lain termasuk pensyarah2 saya. Hal ini kerana mereka bukan sahaja berusaha untuk mendidik kami menjadi orang yg berjaya tetapi mereka juga ingin melihat kami menjadi insan yang berguna di kalangan masyarakat dan juga di mata dunia. Walaupun banyak kali saya terpaksa menempuhi pelbagai dugaan namun saya tetap tekad untuk meneruskan pengajian dengan menggunakan peluang dan ruang oleh cikgu mahupun pensyarah yang di berikan kepada saya dengan sebaik mungkin.
Saya pasti jika dunia tanpa guru, sudah tentu dunia ini akan menjadi haru biru kerana tidak ada siapa yang memberikan petunjuk.

Akhir kata, cikgu / teacher / sir / puan maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa, terguris perasaan hingga tersentuh hati dan juga sebagainya. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada saya di dunia dan akhirat.
Saya doakan semoga cikgu2 semua dirahmati dan sentiasa di sayangi serta dilindungi sepanjang zaman..

Tanpa cikgu, siapalah saya.. TERIMA KASIH CIKGU.. :)

Thursday, February 20, 2014

Antara Cinta dan Permata

Gf : abg.. mak kate hantaran 18 ribu..
Bf : (naek pucat muke)...
Gf : abg !!! dengar x ni ?
Bf : yee abg dengar..
Gf : saye x kira ! abg kena cari duit gak !
Bf : (hanye mampu tersenyum).. awk... buat msa sekrang ni.. kita x jumpa selalu ye..
Gf : Fine ! abg x syg sya kan !
Bf : awk.. kalau awk syg kan abg.. awk mesti boleh tnggu kan..
Gf : ok.. just wait n see.. 9 bulan si bf ni x layan langsung awex dia.. smpai satu mase tu.. si bf datang krumah gf dia..
Bf : assalamualaikum..
Gf : waalaikumussalam.. eyh abg..
Bf : awk sehat ??
Gf : sehat bang..
Bf : cantik cincin dkt jari awk ni.. bila beli ??
Gf : oohh.. ada orng dah msuk minang sye.. tu la abg lambat sangat..
Bf : (angkat kaki trus kluar dpd ruma gf)

Keesokan hari nye..

si gf ni dpt satu bungkusan...
dalam bungkusan tu ada spucuk surat..

" assalamualaikum.. maaf lah sbab plakuan sye smalam x brape sopan.. dan maaf kan abg sebab lambat msuk minang awk.. awak.. dlm bungkusan tu ad sjumlah wang 18 ribu dan sebentuk cincin.. guna kn lah mse prkhwinan awak nanti.. slame 9 bulan abg jauh kan diri daripada awk atas sebab untuk mencari sjumlah wang sperti mana yg telah bonda awk tetap kan.. dengan kiraan bulan itu juga la abg nak tngok sjauh mana awk boleh tahan perasaan dengan abg.. abang x mampu untuk mendapat kan jumlah wang yg sbnyak tu untuk msa yg terdekat.. maaf kan la abg... abg ambik mse yang lama sbab abang nk cri kesenagan bakal istri abng iaitu awk.. lpas ni awk dah berstatus.. abg harap awk jage hubungn awak sbaik mungkin..jangan prnah mndesak suami awak untuk sesuatu bnda... wassalamualaikum..."

menitik air mata si gf ni.. sdarkah kita.. kdang2 kita x prnah tau apa yang orng lain korban kan tok ksenagan kita.. orng yg trlalu syg kan kita sngup merela kan jiwa nya untuk ksenagan orng yang dia syg.. sedang kan kite hanya menginginkan ksenagan semata mata.. so... hargai setiap insan tersebut dan jangan terlalu ego dgan diri sendiri.... T︵T

Tuesday, February 18, 2014

Ayat Manis

Pertama kali dia add saya di fb,
orangnya manis punya la baik.. alahai... comel lottey
dia xkenal saya tpi buat2 kenal, (emm.. okies layan jer, apa de hal)
mulut manis ayat pun manis, sejuk je bila mendengarnye..
tp bila dh chit chat lama2 ~TETTT~ dia keluar ayat ni..

"Saya merupakan agen insuran %#'$* n kami ade pakej bla bla bla n bla bla bla"
(emm okies kasi dia habis ceramah dgn ayat2 manis)

"Saya tengok abg ni sangat bagus untuk pakej bla bla bla n bla bla bla"
(Paksa org dlm baik, walhal pakej yg dia bg tu kalu dikutkan tersangat la cikai. Kalu duduk hospital pon, tetap kena bayar lg walaupun dh bayar mahal2. ~Layan lagi ceramah minah ni~)

SETENGAH JAM KEMUDIANNNN..!!!



"Kalu abg xnak pakej tu xpe, kami ade pakej affiliate"
(dh dia dh buka citer bisnes upline downline la pula. ~Nyanyi lagu Uptown Girl pon boleh..)

Sebaik sahaja sejam dia punya sesi ceramah dah habis....
Tiba la masa Datuk Adam nk berbicara.. ecewah.. hahaha.. XD

Assalammualaikum saudari *&%$#@
Pertama sekali..
Saya tak makan ayat manis manis ni sebabnya saya risau taku kena kencing manis..






Kedua
Saya sebenarnya sudah pun mempunyai pegangan insuran dari hujung rambut sampai hujung kaki sejak dr bangku kolej lagi. Complete overall n lagi murah drpd yg cik saudari tawarkan kepada saya .Disamping itu, saya juga yakin akan keberkesanannya memandangkan telah ramai ahli keluarga saya dan juga rakan saya yg menggunakan insuran yg saya guna sekarang

Apa pun ini pendapat saya..
Adalah menjadi satu pekara yang biadap jika seseorang yg saya tidak kenali mahupun dia kenal saya tapi buat2 tak kenal tetiba kenal lepas tu add friends saya di Facebook semata mata hanya untuk kepentingan  dan keuntungan diri sendiri bukan untuk merapatkan hubungan silarutarhim sesama manusia.

 Why not their use Facebook fan page to promote their product? That is the best way ever right? All methods n ads for business have been provided by Facebook.

Maafkan saya jika bebuat begini tetapi suka saya nak ingatkan kepada Mika,Awok,Ekau,Aok,Ko,Ni, Anda,You... yg saya ni berasal dari aliran Ekonomi, Akaun. dan sekarang terbang tinggi menjadi Designer. So segala teknik2 business yg ade di dunia ni termasuk la Dr.Azizan Osaman tu pun saya dh tahu. Hal ini ditambah pula dgn kajian economy & business dan inovasi yg telah saya buat semasa di kolej dahulu. So everything about business is almost in my mind. It just likes fast forward to me to move on my business as long as well.

THE MORALE STORIES IS : I don't mine if you add me unless you not to trying sell useless service or product. TQ

Tuesday, November 19, 2013

Adakah perempuan jadi jahat jika tidak menutup aurat ?

Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong… pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku…. kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat… dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz : “Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz : “Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz : “Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz : "Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz : “Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz : “Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz : “Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz : “Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz : “Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz : “Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz : “Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz : “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”

“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz : “Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz : “Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz : “Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz : “Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Wednesday, November 13, 2013

Titanic - 1912 Original Video Footage

http://www.youtube.com/v/xD9-z6Nw2FM?autohide=1&version=3&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=4MyydIZhZSH3iaRGH1ce0w&autohide=1&feature=share

Tuesday, November 12, 2013

Dugaan datang tak diundang

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Dugaan hari betul2 mencabar keimanan ku
semoga diampunkanlah segala perbuatan mereka kepada ku..
Terima kasih Telekom Malaysia (TM) kerana menyelesaikan masalah wifi saya ini dgn kadaran segera.

Dan terima kasih kepada kontraktor2 TM yang telah menukar port internet saya drpada skali besar kepada skala kecil. Walhal internet saya sememangnya skala besar.. 5 buah rumah boleh guna..
Semoga Allah membalas jasa baik anda kerana mengubah telah segalanya..

Siapalah saya untuk menghukum anda semua tapi Allah itu maha melihat atas segala perbuatan kita. tambahan pula semasa mencari rezeki.. pesan saya, saya harap saya takkan  jumpa anda di padang masyar nanti semata mata untuk meminta maaf.. sekian

Wallahuaalam..  (uu,)