Wednesday, June 19, 2013

Terima kasih Kuantan

Cari selasih sampai sebarang,
menuntut ilmu hingga pergi,
Terima kasih wahai orang pahang,
moga kita bertemu lagi..

Kapal dagang dari seberang..
sarat muatan kayu meranti..
Dari jauh orang pahang datang..
Kami di melaka sedia menanti...

Terima kasih kpd semua rakan2 di Kuantan, Bandar Diraja Pekan, Temerloh, Cameron Highland,Lipis, para pensyarah2 Kolej IKIP kampus taman pertanian / taman gelora, CEO IKIP, kuantan, member2 Polisas,Team Inovasi Malaysia Pahang yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan sepanjang 3 tahun saya berada di Kuantan ni.. Ampun dan maaf di minta andai diri ini terkasar bahasa, terlebih bergurau senda..
Semoga Allah membalas jasa anda semua...

Tuesday, May 28, 2013

Setia anak & pelajar

Berkorban apa saja..
Harta dan masa..
Itu la kasih mesra..
sejati dan mulia..

Ya Allah.. Berkatilah segala usaha yg kami lakukan.. Kuatkanlah kesabaran kami dlm mengharungi segala cabaran terakhir diploma show kami. Jauhkanlah kami daripada sifat mazmumah. Peliharalah kami dengan sifat mahmudah.. Sesungguhnya berikanlah peluang kejayaan kepada kami agar dapat membantu kehidupan keluarga kami. Kamilah insan yg bergelar anak dan kami lah jua yang bergelar pelajar.

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya zaljalla iwal iqram.. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.. Kabulkanlah segala impian kami dan juga impian ibu bapa kami yg mahu melihat anaknya berjaya di dunia ini dan juga di akhirat.. Amin.. amin ya rabbal alamin..

Monday, May 20, 2013

Motivasi diri. Who say.. lalalala.. ^___^

Disebalik lukisan tu

sungguh aku tak sangka..
disebalik lukisannya yg sungguh menarik itu..
tersirat seribu satu cerita kisah duka yang sangat menyetuh hati dan jiwa.
-kisah tragis yg menyebabkan kemalangan kedua ibu bapanya di sebuah lebuhraya di melaka..
-kisah hidupnya yg sengsara tatkala dipermainkan dgn kisah cinta..

Dik, sabar ye..
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.. Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.
Teruskanlah pejuangan adik dlam apa jua bidang yg adik lakukan.

Saturday, April 27, 2013

Sharing is Caring.. ^___^

Xsangka peminat My Nikon Collection Album Series ku adalah salah seorang businessman & penulis buku business favorite gile ku
yg aku jumpa dia di pameran buku  di #HotelZenith ptg td. Hurmm.. Dia sungguh teruja dpt jumpa aku,tatkala meminta aku utk shoot sekeping gambar dia dgn pose dia ala ala artis gitu.. Haha.. Lawak giler td.. Tp memang best..
Aku xtau mcm mana la nk gambarkan perasaan dia bila dpt jumpa aku..

Paling best.. Kannnn...
Dia offer aku keja kt tempat dia sbg Graphic Designer & Photographer di company dia.. Dia kata senang kalu nk promote produk dia,xpayah nk upah company o freelance photographer utk shooting gambar.. Apa pon mcm biasa aku ckp.. Tunggu aku habis grad dulu baru boleh buka cerita pasal keja.. Sb kalu aku dgn bincang gile2 dgn dia pasal keja tp xbleh fokus pd keja n study pon, xbleh gak kannn.. So aku kena buat 1 je pilihan.. Honestly, buku business dia tu memang kesukaan aku.. Bahasa Inggeris dia pon simple n senang nk fahm, &  buku dia xde la strict sgt mcm buku business yg lain di pasaran sbnya buku dia ada juga diselitkan unsur humor yg membuatkan si pembaca tergelak terbahak bahak..hahaha.. Paling buku dia tu mengajar kita tentang strategi kehidupan masa hadapan.

Hajat di hati nk cari buku lama aku yg telah lama hilang iaitu The Journey Of Marco Polo tp almaklumlahkan.. Sejuta publisher punya buku, mana la larat nk cari semua.. Giler kentang td,mcm pasar borong buku pon ada.. Orang?? Jgn ckp.. Ramai giler.. Ye la mana taknya. Murah kottt... Bayangkanlah 1  novel yg bapak tebal =RM 8.00. kalu kt kedai buku kompem dh rm 30 ke rm 60.. Kan.. Kan.. Aku td pon dpt ambik buku novel ni je The Dukays ni.. Plan awal dh siap ambik buku anggaran rm 50 tp bleh plak terlupa bawa baucer buku.. So ambik 1 je la jwapannya.. Hehe..