Saturday, April 27, 2013

Sharing is Caring.. ^___^

Xsangka peminat My Nikon Collection Album Series ku adalah salah seorang businessman & penulis buku business favorite gile ku
yg aku jumpa dia di pameran buku  di #HotelZenith ptg td. Hurmm.. Dia sungguh teruja dpt jumpa aku,tatkala meminta aku utk shoot sekeping gambar dia dgn pose dia ala ala artis gitu.. Haha.. Lawak giler td.. Tp memang best..
Aku xtau mcm mana la nk gambarkan perasaan dia bila dpt jumpa aku..

Paling best.. Kannnn...
Dia offer aku keja kt tempat dia sbg Graphic Designer & Photographer di company dia.. Dia kata senang kalu nk promote produk dia,xpayah nk upah company o freelance photographer utk shooting gambar.. Apa pon mcm biasa aku ckp.. Tunggu aku habis grad dulu baru boleh buka cerita pasal keja.. Sb kalu aku dgn bincang gile2 dgn dia pasal keja tp xbleh fokus pd keja n study pon, xbleh gak kannn.. So aku kena buat 1 je pilihan.. Honestly, buku business dia tu memang kesukaan aku.. Bahasa Inggeris dia pon simple n senang nk fahm, &  buku dia xde la strict sgt mcm buku business yg lain di pasaran sbnya buku dia ada juga diselitkan unsur humor yg membuatkan si pembaca tergelak terbahak bahak..hahaha.. Paling buku dia tu mengajar kita tentang strategi kehidupan masa hadapan.

Hajat di hati nk cari buku lama aku yg telah lama hilang iaitu The Journey Of Marco Polo tp almaklumlahkan.. Sejuta publisher punya buku, mana la larat nk cari semua.. Giler kentang td,mcm pasar borong buku pon ada.. Orang?? Jgn ckp.. Ramai giler.. Ye la mana taknya. Murah kottt... Bayangkanlah 1  novel yg bapak tebal =RM 8.00. kalu kt kedai buku kompem dh rm 30 ke rm 60.. Kan.. Kan.. Aku td pon dpt ambik buku novel ni je The Dukays ni.. Plan awal dh siap ambik buku anggaran rm 50 tp bleh plak terlupa bawa baucer buku.. So ambik 1 je la jwapannya.. Hehe..

Thursday, April 25, 2013

Mimpi itu mainan tido..

Nk percaya atau tak terpulang la.Sebab kadang2 ye mimpi itu tido dan kadang2 memang betul benda tu berlaku seperti mana yg pernah ku alami sebelum ini..

Alkisah...
Pada malam tadi aku bermimpi..
Aku mengikut keluarga aku pergi ke suatu tempat yg agak jauh sekali drpd rumah aku di melaka dan juga kuantan.Perjalanan kami mengambil masa 7 jam.. Aku masa tu dalam keadaan terpinga pinga kerana tak tahu apa tujuan ayah mak dgn 2 orang lecturer aku (lect.ikip & lect. uitm ) nk bawa aku dgn beg baju aku yg sarat kt seat belakang.. 

Perjalanan tu amatlah membosankan kerana faham2 je la HIGHWAY la katakan mana ada apa.. Lain la naik train o jalan kampung.Macam2 ada..  hehe..  Sampaikan satu masa tanpa aku sedari aku terlena tido di seat aku.. 

Setelah beberapa jam kemudian....

Ketika itu kenderaan yg kami naiki bergerak perlahan kerana isyarat lampu merah dihadapan dan pada waktu itu....
Aku melihat kiri dan kanan ku..
Terdapat banyak sangat bendera Pulau pinang.. Ok fine.. Aku dh blur.. My mum xde pon ckp nk g umah kawan dia o bercuti. Even kalu dia nk bercuti skali pon.. Xkan la nk pakai baju biasa je.. I mean bukan baju mood melancong..
Ooo well, aku pon juz relax, chill n cool down..

Perjalan diteruskan...

Lps tu kami tersangkut dlm traffic jam..
Perghh.. Bapak giler jam masa tu.. Bleh main game gak la dlm keta avanza tu.. Sampai la ke suatu tempat.. Aku nampak signboard USM.. aku pon ckp dgn mak aku.. "Mak.. Ayah slowkan skit keta bleh x.. Org nk ambik gambar la buat kenang kenangan.." Org bukan bleh dpt masuk pon..  Tetiba mak aku ckp.."Xpayah ambik, kejap lagi kau memang kena masuk pon.. "

Emmm... Ok aku jd lg maximum blur.. "Dlm hati ini berkata, aku minat uitm bukan usm !!! "  Lect. aku pula sampuk "Adam.. sebenarnya usm paling terbaik buat awak sb kt sini segala apa yg awak minat n awak beljar kt kuantan dulu.. semuanya ada di sini.."  Lect. uitm aku tu hanya tersenyum sipu..

Kalu ikutkan hati ni.. Nk je aku memberontak tp apa bleh buat, mereka berlima ni lah antara org yg paling aku hormati di dunia ini..

Selepas itu...

Aku dibawa masuk ke satu blok admin. usm..

Aku perhatikan kt situ..
Ramai sgt budak yg dtg mendaftar kt situ.. Masa kt situ.. Seriously..
Aku rasa nk tergelak berguling guling pon ada.. Sb apa ? Budak yg dtg daftar kt situ semuanya muka hypergiler skema.. Muka jambu.. n Muka ala2 artis Kpop pon ada gak la.. Bayangkanlah dgn rambut tepi sampai tertutup mata lps tu muka..  Mak aiii... Solidnya hitam.. Hahahahaha.. XD

Aku dgn mak aku pon duduk di bangku yg telah disediakan dan sementara itu lecturer aku pulak menguruskan pendaftaran kemasukan aku.. "Seriously, aku memang x berminat dgn subjek graphic kt sini,semuanya nampak macam old skool" bosan... (==')
Aku ingatkan lama rupanya sekejap je.. Sebenarnya lecture aku dh mendaftarkan nama aku 2 bulan dgn persetujuan ibu bapa ku sebelum kedatangan kami di usm ni..

Ok.. My mouth has been gum..

Dek kerana terlalu marah..
Aku pon buat bodoh je apa yg diorang ckp..
Ye la mana taknya.. Buat sesuatu keputusan masa depan aku tanpa perbincangan aku.. Ooohh hellooo..  aku ni masih wujud ok... n aku yg nk belajar bukan lecturer aku o mak ayah aku yg kena belajar..
Sentap gile la gak masa tu.. :-C

Lps drpd tu, kami dibawa mengelilingi kampus induk usm pulau pinang tu.. Kampus dia bleh la tahan.. Besar gak.. Dgn bangunannya yg agak menarik n paling best.. Aku suka tgk reka bentuk Masjid USM tu.. sungguh unik.. Kami juga melawat kolej kediaman pelajar lelaki..

Wow... Dasyat giler...

Semasa kami di sebuah kolej kediaman tu.. Ada la sorang
budak kolej kedaiaman yg tepi bukit tu.. Bleh katakan agak kuang ajaq gak la.. Dgn naik moto besar dia.. Langsung xhormat org tua.. Sabar je hati ni.nama pon "Dak Freshy" so aku pon tahan je perasaan  ni..

Selepas itu......

Alamak.. Dh azan subuh..
Jom kita solat.. :)

Friday, April 12, 2013

Awak..

Awak tegur saya,saya terima dgn hati yg terbuka..
Awak marah saya, saya diam..
Awak perli saya kaw2 nye, saya senyum..
Awak sakit,saya jagakan..
Awak sedih saya, saya pujukan..
Awak muram,saya tolong ceriakan hari awak..
Awak lapar, saya belikan makanan utk awak..
Awak solat di belakang seorang,saya menjadi imam di hadapan awak..

Awak..

Sesungguhnya,saya sentiasa menjaga awak secara sengaja mahupun tidak kerana saya tahu di sudut hati awak itu ada ruang utk saya penuhi walaupun saya ditakdirkan hanya bertepuk sebelah tangan.

Saya bukannya seperti yg awak sangka.. Saya berubah sb awak nk lihat saya berubah dulu..

Maafkan saya jika perwatakan dan kelakuan saya seperti remaja yg belum matang.Hal ini kerana saya di pengaruhi keadaan sekeliling saya iaitu pengaruh BUDAK KOLEJ. Saya terpaksa berkelakuan sedemikan di kolej kerana jika saya tegas n skema sgt, sudah pasti saya tinggal keseorangan di hostel..

Saya tahu bahawasanya saya tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi paling tidak pun saya cuba mengubah keadaan mwnjadi lebih baik..

Dan sesungguhnya saya ingin awak tahu yg saya sedang menjaga awak seperti mana yg dituntut dalam islam sebelum saya menyarungkan cincin di jari awak..

Saya bukan seperti lelaki lain yg mudah menaruh harapan pada wanita yg cantik dan bergaya.. Tetapi saya melihat nilai nilai murni yg terdapat pada diri awak..
Dan sifat kewanitaan dan kemahiran awak menguruskan rumah yg ada pada diri awak..

Jodoh, ajal & maut semua di tangan Allah SWT.. Saya terima dan saya redha apa jua keputusan awak..

Friday, April 5, 2013

Apa itu Facebook ??

Saya percaya bahawa semua org suka kan Muka Buku ni.. Malahan kalu kita tanya budak kecik pon.. Kompem diorang pon tahu apa itu facebook..

Facebook adalah satu alatan media utk kita menyampai sesuatu maklumat kepada semua rakan kenalan kita..selain itu ia juga kini telah menjadi trend utk org meluahkan perasaan. Jika tidak, takkan la mark zuckerberg berjaya mempengaruhi anda dgn menulis di wall  "What's on your minds?"

Terlebih dahulu, saya ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini saya kerap post status di wall.. Hehe.. Bukan apa selain drpd "tazkirah"saya tu, saya juga dapat mengurangkan fakta2 yg sempit di minda saya ni. Bak kata omputih "Release Tension".Paling tidak pun saya dapat menceriakan hari anda dikala suam2 kuku tu.. Haha.. ^____^

Sebenarnya selain mengemaskini status, facebook juga saya gunakan sbg alat utk saya mempelajari kaedah2 terbaru dlm bidang grafik dan juga arena business.. Almaklumlah, saya ni masih baru dalam bidang2 ni.walaupun saya mahir dlm perniagaan tp xbermakna saya xperlu tanya pendapat org.. Bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan". So dgn facebook,saya dapat mengembangkan perniagaan saya. Xcaya..?? Cuba anda pegi area klebang o bukit rambai n x kurang juga indera mahkota, kuantan ni kalu sebut je nama saya mesti org ingat 2 perkara pd saya Graphic designer n Tokey Belacan Melaka.. Hehe..

Sesungguhnya saya tidak pernah sama sekali malu dgn pernigaan yg dijalankan ibu bapa saya malahan saya rasa cukup bangga dgn mereka kerana meneruskan generasi perniagaan tersebut. Adalah menjadi satu kemestian buat saya utk mengembangkan lagi perniagaan tersebut tetapi bukan dgn cara kovensional tetapi melalu media sosial seperti facebook. Bak kata org lama " Buat la sesuatu perkara yg org xpernah buat dan ia memberikan keuntungan yg lumayan".

Selain itu, saya juga mengguna facebook utk mencari rakan2 lama di samping juga berkenalan dgn rakan2 baru.. Alhamdulillah stakat ini, saya berjaya bertemu semula dgn rakan sekelas saya sewaktu saya darjah 1 di Johor Bahru. Sempat gak kami celebrate kt Kuantan ni setelah 12 tahun terpisah.. Dgn sumber maklumat facebook skola kebangsaan angkatan tentera johor bahru, ku dpt bertemu kembali dgn mereka..

Tak kurang juga member2 skola smk bukit rambai n smk tun hj abdul malek, cheng. Semuanya sentiasa dekat dengan ku walaupun ku berada di mana jua.. ^___^

Disamping itu, ada juga yg menggunakan facebook sbg satu medium Dakwah agama yg paling berkesan disamping sedikit sebanyak memberi impak kesan positif kepada pengguna.

Kadang2 fb ni pon macam  citer Lawak Ke Der gak kan..  Kalu kita tgk wall di antara jarak pukul 8.00 mlm hingga 10.00 mlm tu kan.. Ada je cerita2 yg terbit di wall tu..  Kadang2 sakit perut ni hah apabila kita tgk post2 lawak mcm cthnya muka DuckFace  (errkk sorry gambaq rosak xleh nk publish hehe.. )..

Kadang2 tu boleh bikin drama tanpa skrip la.. Sbnya kan xsampai seminit dh publish citer baru.. Perghhh.. Jeles David Teo.. Hehe..

Apa pun cerita yg kluar di wall tu semuanya ada kisah, asam garam + ajinomoto + maggi secukup rasanya tersendiri. A.k.a tu adalah hak peribadi yg kadang kala x boleh kita sangkali..

Dan utk info, terlalu banyak ruang yg dh pon dibuka di Facebook utk kita terokai alam baru teknologi masa kini ni..  Hanya terpulang kepada diri kita untuk "MENAKLUKINYA" keupaayaan teknologi ni.

Saya sedang berjalan dalam arena ini dgn panduan org2 lama & anda bila lagi.. Renung2 kan..  wassalammualaikum.. ^____^

Thursday, March 28, 2013

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!



IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!
 | Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.


SUMBER :: http://mediasiber.blogspot.com/2013/03/ibu-mampus-ibu-mampus-ibu-mampus.html