Tuesday, October 16, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Rangka Perjalanan Hidupku
Pelan Transformasi A
(Pra-Siswazah)
-masuk Form 6 = blaja ekonomi
-masuk Kolej Antarabangsa IKIP = Belajar Dunia Designer
-Exhibition Diploma Graphic And Multimedia
[10 Julai 2008- 31 Mei 2013]..
Pelan Transformasi B
(Smart,Slim n stylo)
-mencapai berat badan yg disarankan oleh doktor pakar hospital Kuantan dan Melaka.
-Mengorak langkah ke alam Dewasa.
-hampir ke penghujungnya.
[1 Januari 2012 - 31 Disember 2012]
Pelan Transformasi C
(Pasca Siswazah)
-Keja dlm bidang grafik utk jangka masa pendek..
-Mendapatkan ilmu pengetahuan dlm pengurusan sebuah syarikat grafik..
-Mendapatkan Modal bg melaksanakan Pelan Trasformasi D.
[1 Julai 2013- 31 Disember 2013]
Pelan Transformasi D
(Rebranding Kedai Belacan Cincaluk Seri Murni /Meningkatkan pendapatan per kapita ibu bapaku)
-Menjenamakan Semula produk keluaran Kedai Belacan Seri Murni yg sebelum ni tidak ada label.
- Membuka sebuah kilang kecil utk pemporesan produk Kbc seri murni.
-Membuka HQ KBC Seri Murni di Kampung Batang Tiga.
- Membuka Kiosk KBC Seri Murni Di Kuantan East Coast Mall,Johor Bahru & Petaling Jaya.
-Mewujudkan website rasmi KBC Seri Murni.
-Menggunakan perkhidmatan pembelian secara online.
-Menggunakan sistem barcode packaging.
Mendapatkan Sijil Halal Jakim.
-Mendaftarkan perniagaan di Kementerian Kewangan Malaysia.
-Mewujudkan Sistem Penyata Gaji
-Menjadikan KBC Seri Murni sbg Kedai Mesra Rakyat (Kedai Serbaneka Tradisional Pertama D Malaysia)
-Mendapatkan sokongan tajaan syarikat2 ternama yg lain..
[1 Januari 2014 - 31 Disember 2014]
Pelan Transformasi E
(High Quality Live,Luxury & Humanity)
-Kereta
-Membuka sebuah kedai Full Set Graphic Design
dengan nama Gempakz Aizzudin Studios di Melaka.
-Gempakz Aizzudin Studios merangkumi:
A.Full Set Studio
-utk sesi photography.
-lighting set
-lens set
- DSLR camera set
B.Graphic Unit
-utk menghasilkan produk Merchandise. cth : business card,phamplet,website n etc.
C.Wedding set
-set2 utk majlis perkahwinan raja sehari
-pakej perkahwinan
D.Printing Unit
Photostat Machine,Printer B5- A 1 size,Liminate machine,Liminate Gloss Machine & store variable paper stock
E.Mini 3D Maya Studio
[jika diluluskan agensi kerajaan]
-Rumah ku syurgaku
skim rumah pertamaku : Rumah Semi D
Terima kasih kpd Dato Seri Najib Abdul Razak kerana mewujudkan skim ini dan memudahkan kerjaku dlm perangkaan jangka masa panjang.
[1 Julai 2015 - 1 Julai 2017]
Kawen?
Kalu ade jodoh,kawen.. xde diam2 sudah.. haha.. XD
Terima Kasih saya ucapkan kpd Tun Dr. Mahathir kerana sudi meluangkan sedikit masa di Facebook dalam membantu saya dalam merangka kehidupan yg berkualiti tinggi bagi jangka masa panjang.Insyallah pesanan Tun tidak akan saya lupakan.
ibarat kata Tun
" Melayu Mudah Lupa dan jangan cepat lupa".
Friday, August 24, 2012
Kerana pensil aku tersedar
Kadang-kadang aku rasa pelik dengan kata-kata hikmah pakcik azlan tu sebab dia cakap kita boleh patahkan pensel dengan satu jari je.
Biar betol??
Tapi memang betul...
Sebab nya aku dah cuba memang terasa sakit mana taknye satu jari je kot..
Maksud daripada pensel itu ialah pensel itu ibarat beban kerja kita dan hentakan jari itu ibarat usaha kita.
Dlm pada itu, ingatlah wahai kawan-kawan ku dan juga kepada diriku akan kepada pesanan pusaka ini...
Semakin kuat hantarkan jari kepada pensel itu, semakin mudah pensel itu untuk patah dan jari kita tidak sakit..
Jika kita lemah dalam hentakan jari tersebut, pensel tidak akan patah jari akan terasa sangat sakit.
Pada awalnya ku fikirkan kata-kata dari pakcik azlan itu satu gurauan tetapi setelah aku fikir secara logik dan aku muhasabah diri memang benarlah apa yang dikatakannya.
Sesungguhnya...
Aku telah mencuba mematahkan pensel tersebut lebih daripada sepuluh kali namun aku tetap gagal lalu aku cuba lagi dan jari ku semakin sakit sehinggalah aku berjaya mematahkan pensel 2b itu tanpa aku sedari dan aku terasa sedikit sakit daripada awal awal tadi...
Hal ini bermaksud aku masih lemah dalam sesuatu perkara yang aku rasa aku sendiri tak tau dimana silapnya tetapi aku cuba perbaiki kesilapan ku agar ia tidak akan berlaku dimasa hadapan lagi..
Sesungguhnya kata-kata hikmah ini telah membuka kembali lembaran lama ku dalam dunia melayu yang telah aku hampir melupakannya. Aku bersyukur kerana masih ada orang yang memegang pada pesanan orang dulu-dulu..
Terima kasih muhamad azlan kerana telah membawa ku berjumpa dengan bapa sedara mu.. Pengalaman kisah hidup cerita dan perjalanan hidup dia seharian harian.. Takkan mungkin aku lupakan...
Terima kasih...
Saturday, August 4, 2012
Andai raya tanpaku..
Setiap tahun ada saja kejutan yg aku buat di pagi syawal...
Bagaimana la kalau hari raya tahun ni di sambut tanpa aku..
Mesti sayu rumah keluargaku.. Tambahan pula dgn kuih raya & juadah pagi raya kesukaanku terhidang di atas meja yg aku selalu suapkan kpd adik2 ku dgn penuh keceriaan.
Bagaimanalah perasaan ibuku jika aku tiada disisinya di pagi raya yg mulia itu..
Aku xmampu utk menjawab....
Andai hari raya tahun ini disambut tanpa ku..
Sudah tentu sanak saudara ku akan tertanya tanya " dimana adam" dan ia juga akn membuatkan salah seorang ahli keluarga ku menangis akibat soalan tersebut..
Jika aku tidak dapat beraya tahun ini.. Sahabat-sahabatku dan juga rakan rakanku akn mula berfikir dimana aku,disamping telefonku berbunyi dgn masej dgn mengatakan " ko kt maner?"
Masej x dibalas.....
Andai warkah ini adalah utusan terakhirku di blog ini,
Ku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andainya ku tersilap dlm berbicara,terguris hati dan perasaan kalian... Halalkanlah makan dan minumku di duniat dan akhirat..
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Ikhlas dr sudut hatiku,
Adam
Thursday, July 12, 2012
Sebaik seringgit..
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"
Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"
Sunday, July 8, 2012
Jam
"Ramai orang boleh memiliki jam tangan yg berharga tinggi tetapi tidak boleh menepati masa yg berharga itu sendiri"
Tun Dr.Mahathir Mohamad

