Tuesday, February 26, 2013
Janji kemudian senyap
Kalau benda yg mudah pun xbleh nk uruskan dengan jangan mudah berharap untuk menguruskan menara yg akan dibina.. Silap2 hari bulan, bleh runtuh bangunan menara yg sepatutnya indah tu..
Nampak gaya macm ckp mengikut emosi tapi hakikatnya itu la realti.. Dh berkali kali janji dan kemudiannya dibatalkan pada saat akhir.. Kalu sekali dua xpe,ni dh banyak kali.. Lps tu suka bagi org tunggu lama utk mendapat satu keputusan .cthnya plan nk kluar riadah n perbincangan dh dibuat 2 minggu lebih awal drpd tarikh riadah tu.. Tp utk mendapatkan jawapan keputusan tu,terpaksa menuggu sehingga 30 minit sebelum masa beriadah tu Dan jawapan yg paling best yg diberikan ialah SORRY,AKU XJADI PEGI LA...
Saya bukan niat nk marah o suka2 nk bising2 o sibi sibi.. Tp alangkah molek kalu pembatalan tu diberitahu awal kerana saya boleh membuat plan lain dan pastikan plan tu berjalan lancar.so xde la org tertunggu tunggu dengan penuh harapan..
Katakanlah jika ada tawaran yg lebih baik di beri semasa dlm proses menunggu jawapan.. Saya pon xboleh nk ambil tawaran tu kerana pikir ttg sifat2 seorang sahabat yg telah janji utk kluar bersama.. jika saya pergi juga tentu saya akan menjadi buah mulut rakan saya tersebut.. so saya x suka perkara sedemikian berlaku kpd diri.. A.k.a SAYA PATUH PADA JANJI, Jika sudah janji.. Janji itu harus wajib ditunaikan samada cepat ataupun lambat.. Itu la prinsip perjanjian saya.. Saya berjanji dan secepat yg mungkin saya akan tunaikan..
Perangai dan kelakuan matured pun kadang2 xsemuanya betul.. Kadang2x ade juga terkehelnya..
KATA HIKMAH
1) Jgn beri kata-kata manis jika x tidak mahu hidup dgn kencing manis (derita).
2)Jangan berjanji perkara yg dirasakan tidak boleh ditunaikan kerana ia bakal memakan diri sendiri.. A.K.A Janji Ditepati..
3)Biar hidup sederhana asalkan bahgia..
#PanasDTelinga #SejukDHatiJa
Sunday, February 10, 2013
Suprise prensent from me
Tonight..
I got a skype video conservation between me,my favorite uitm Prof n also my senior.. I feel so excited with them.. It is because i haven't long time chatting with them. So as usual.. We are talking about design n bla bla bla.. Hehe.. ^___^
After that,my senior as commonly known as my friends asking me about my result in IKIP. For the first time he ask me,i juz make a joke to keep out from that question.. Then,he asking again...
My prof also requested too..
So, i already in desprate condition..
I show to them my result from semester 1 untill semester 5..
AFTER THAT.....!!
My Prof n my Uitm Senior has brain wash & told me that i should be score on the next presentation and project if i want to seat in the dean suite.. It was surprising me but i take thier advice to cultivate my creativity to be more creative in design..
I promise mom,dad, Mr. Khairul n my senior Ikhwan, Adri, Adlan & Rabiatul Adawiyah..
I will bring back again a Dean Suite to home..
Wednesday, February 6, 2013
TERIMA KASIH MALAYSIA
Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana membangunkan dan memajukan malaysia ke tahap yg lebih baik..
Terima kasih buat Ibu bapa saya saya kerana membesarkan saya sejak dr pangkuan lagi serta memberikan saya pendidikan
Terima kasih kpd semua guru-guru serta para pensyarah saya yg banyak memberikan tunjuk ajar serta pengalaman mereka dalam kehidupan dalam menjadi insan yg berjaya..
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan juga sahabat saya yang banyak membantu saya dalam pelbagai aspek.
Sesungguhnya... sumbangan anda semua amatlah saya hargai dan berharap saya juga dapat membantu anak bangsa malaysia suatu hari nanti menjadi insan yg berguna.. Insyallah...
Tuesday, February 5, 2013
Senyum Kambing ^___^
Suatu
hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di
dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..
Baru 1 minit dia sudah muntah dan pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 8 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 30 saat... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.
Thursday, January 31, 2013
Kebaikan Teh Hijau
1) Khasiat Teh Hijau
Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:
Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:
• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok
Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.
Sumber : http://www.oldtraffords.com/2011/04/khasiat-teh-hijau.html
2 ) Teh Hijau: Minuman Terbaik untuk Kesihatan
![]() |
internet banyak didapati kebaikan teh hijau
dan ia diiktiraf sebagai minuman kesihatan yang terbaik. Antara kebaikan teh hijau ialah :
- Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.
Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/2012/04/teh-hijau-minuman-terbaik-untuk.html
KEBAIKAN TEH HIJAU (GREEN TEA)


Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
•Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
2.Membantu mengawal paras gula darah
•Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
•Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
4.Menguatkan sistem imun
•Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
5.Menurunkan aras kolesterol
•Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
6.Menggalakkan pembakaran lemah
•Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Sumber : http://petua-umi.blogspot.com/2010/03/kebaikan-teh-hijau-green-tea.html
Dah baca kan?? so sebab tu la saya memilih teh hijau ni.. dia bukan sahaja minuman biasa tetapi dia juga banyak membantu saya menjauhi penyakit keturunan keluarga saya iaitu darah tinggi n diabetis (kencing manis ). Sebenarnya, sejak kecil lagi saya telah melihat kedua- dua belah keluarga saya, sangat mudah menghidapi penyakit tersebut pada usia yg agak muda walaupun individu itu bertubuh kurus.. Disebabkan itu, saya telah membuat kajian tentang kehidupan masyarakat cina dan jepun yg majoritinya warga emas.. Saya lihat dan saya fikir.. mengapa mereka lagi sihat drpada pemuda cina masa kini sedangkan mereka dah berusia 70 tahun ke atas dan masih boleh bermain badminton serta juga berlari seperti org yg berumur 30 tahun... Jadi di situ la bermulanya titik saya membiasakan diri dengan teh hijau selama setahun bermula 1 Januari 2012.
Sementara itu, teh ni juga merupakan salah satu alternatif untuk saya mendapat berat badan dan BMI yg disarankan oleh doktor pakar Hopital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan Pahang serta doktor pakar Hospital Besar Melaka selain saya melakukan aktiviti senaman kardiovaskular di gym dan juga taman reakreasi.. Disamping itu, saya juga selalu minum teh hijau yg panas selepas makan kerana ia membantu saya dalam proses pecernaan yg baik disamping membuat lemak yg tidak diperlukan...
Rasanya memang pahit, tapi bak kata orang tua- tua... "Yang pahit itulah ubat"
tapi percayalah kata saya ini, bila anda dh biasa minum air teh hijau ni, rasa pahit tu akan jadi biasa ibarat kita minum teh biasa... Paling best teh ni tiada apa apa bahan yg berbahaya...
Saya dah amalkan... Anda bagaimana ?? Berusahalah sebelum terlambat... ^______^
